Wednesday, June 6, 2012

Morning 6 June 2012

Assalammualaikum..

Kali ni jam tepat tepat pukul 6.56am. Dan pagi-pagi buta macam ni Ena boleh pulak bukak lappy and tulis post baru. Tak ke macam orang takde keje? Biasalah tu, actually Ena dah tido tadi tapi diganggu oleh orang orang yang tak sepatutnya. So Ena dah terjaga memang susah nak tido, dah bangun ni solat Subuh kejap. Okay selesai.. Apa story mory kita hari ni. Taktahuuu lah Ena haha

Eh kejap nak cite sikit ni semalam 5/6/2012 memang banyak gila dugaan Ena kena lalui. Insya-Allah Ena takkan lupa haritu. Bukan 1 or 2 dugaan Ena kena lalui tapi banyak. Mula-mula macam nak jatuh meraung dah, tapi Ena dokk cakap takpe "Allah Nak Uji' So dapat lalui hari semalam walaupun dengan perit hukhukhuk


'Jangan Biarkan Telinga Menjadi Saksi Apabila Mata Tidak Melihat'


Ayat ni sebenarnya bawak banyak makna bagi Ena. Selama Ena hidup 19 tahun ni tak pernah dengar kot tapi tetibe Ayeen boleh cakap dengan Ena. Okay like seriously Ayeen cakap dengan Ena. Geli pun ada wahahaha. Tapi dia nak nasihatlah tu, Ena tahu. Lepas tu seperti biasa Ena dengan buat muka selamba, apa lagi Ayeen dengan Athie start bengang mulalah dorang kasi ceramah panjang huhuuu. Okay ayat pagi ni bagi banyak makna kat Ena. Ayat yang boleh buat tersedar mana tahu Ena terlalai. Okay benda ni tak tipu Ena sebenarnya jenis senang pecaya cakap orang and ikut apa orang cakap. Tapi takdelah selalu, kadang-kadang jea. 

Tapi sebenarnya sifat tu tak elok. Lagi zaman sekarang orang senang nak kelentong and semua pasal duit. Ena pernah kena pasal tu, tapi Ena tak menyesal sebab Ena dah pikir nak tolong orang. Kalau dia nak menipu ke hapee ke tu dosa dia dengan Allah. Okay? Tapi kalau Ena cerita dekat orang lain semuanya marah. Alaaaa dah agak dah. So uncool lah korang huhh..!

Dan lagi jangan senang-senang pecaya dekat orang lain. Ena dengar cakap orang senang tapi bagi Ena nak mempercayai seseorang tu ambik masa yang lama. Tapi kalau sekali dah pecaya Ena akan pecaya habiss. So itu pun satu lagi perangai yang Ayeen and Athie kurang minat. Cehhh. Bagi dorang jangan senang nak pecaya orang luar melainkan family sendiri. Tak kesah sesiapa pun orang tu dalam life kita ni. Jangan apa yang keluar dari mulut dia kita just percaya bulat-bulat walaupun mata tu tak nampak. Sebab kalau one day dia tipu kita, kita akan terluka teruk. Yaa Ena tahu tu :)

So lepas ni kita ikut cara paling simple. Kita kawan dengan semua orang. Kita dengar apa dorang cakap tapi percaya 100% jangan. Percaya sikit-sikit bolehlah. And tak payah nak bergantung pada apa orang cakap sangat. Simple? Tak payah nak pening-pening kepala. Yang paling penting tak payah rasa sakit bila kena tipuuu. 

Sunday, June 3, 2012

Kata-Kata Hari Ini

Assalammualaikum..



Friday, June 1, 2012

Cita-cita Masa Kecik. Cehh

Assalammualaikum..



Kali ni segmen post berderet-deret.. Harap maaf idea datang mencurah-curah. Bukan benda berpekdah pun nak tulis ni tapi still nak cerita dengar korang teheeee :) Semalam punya semalam layan tengok cerita Planets of Apes dengan ibu. Sebenarnya dah banyak kali tengok tapi disebabkan ibu tak tengok lagi so Ena pun tumpang sekaki tengok sekali. Cerita pasal beruk jea pun, apa jadik hal kan. Itu semua yang korang pikir. Tapi kalau korang nak tahu first time Ena tengok Ena menangis kot. Wa nangis wa cakap lu! Haha maluuunyaaa. Tapi bukannya nangis yang meleleh air mata tu, ni nangis yang cam bertakung tu jea. Tengok nak coverr, pandai engkauu Ena HAHA

Masa tengok dengan ibu Ena 'cool' jea lah. Dah takde kesan dah sebab dah tengok banyak kali. Tapi Ena tak habis tanya Ibu "sedih tak ibu?' 'sedihh tak?' Haha seperti biasa Ibu Otaiii kot, so Ibu geleng-geleng jea lah haha. Tetibe tengok cerita tu Ena teringat cita-cita masa zaman kanak-kanak dulu. Bukan cita-cita nak jadi BERUK kot, beragak sikit korang. Okay okay bukannya cita-cita nak jadi lawyer, nurse, boss, ceo syarikat apatah and blablablaa. Semua tu bukan okay. Salah satu cita-cita Ena antara yang banyak-banyak tu nak jadik Doktor Haiwan. Haha macam takde kena mengena jea.

Macam tak pecaya Ena nak jadik doktor haiwan dulu. Mungkin dulu sayang binatang sangat kot haha. Tapi kalau ular sakit tak mungkin Ena rawat, Ena lari dululah. Seronok excited semualah bila pikir balik. So Ena startlah berangan balik, kalaulah dulu masa sekolah Ena masuk kelas science agak-agaknya Ena boleh teruskan impian nak jadik doktor haiwan tu. Tapi sayangnya masuk kelas akaun, memang dah ke arah lain. Bolehlah Ena merawat kucing-kucing ni. Siannn pulak terbiar kat luar sana. Semua tu angan-angan tak jadi jea HAHA


Anak tekak. Anak buah. Anak orang.

Assalammualaikum semua..

Morninggg semua! Tapi takdelah morning sangat kot sebab dah pukul 11.36am sekarang ni. Buat sesiapa yang belum bangun tu baik bangun. Anak dara or anak teruna tak elok bangun lambat-lambat nanti takde sapa nak masuk meminang hakhakhak. Macam tak sangka Ena sendiri boleh bangun awal macam ni. Actually kalau korang nak tahu Ena tak tido lagi dari semalam kot. Haaa gila tak gilalah kan. Biasalah orang baru balik oversea jadi time tido lain sikit. Time tido dia terbalik sikit, haha perasan engkauuu Ena. Jadi hari nak test taknak tido. Penatlah asyik tido jea, nanti membuta benda lain tak buat-buat pun. Ayah sekarang tak habis-habis panggil Ena 'musang' maybe sebab tak tido kot. Err apa kena mengena musang dengan tak tido ayah? Hihihi entah lerrr.

Hari ni nak cite pasal anak Ena yang sekarang baru masuk 5 tahun. Haha nampak nau menipu belom kahwin dah ada anak pulokk kan. Bukan apa nak perasan sikit, seronok tengok orang ada anak haha. Sebenar Ena ni dah teringin, mengidam sangat nak anak. Bukan anak sendiri okay korang, mesti dah pikir Ena gatallah tu. Sedap mulut jea korang haishh. Nak anak buah lah!! Syok pulak tengok orang lain ada anak buah. Boleh main-main, lanyak-lanyak anak buah kita. Kalau anak sendiri lain pulak. Susah kita kena jaga dia semua, kalau anak buah boleh buat main, kalau part jaga mak bapak dia jagalah HAHAHA. Sesiapa boleh bagi satu tak anak buah kat Ena? Acehhh boleh mintak macam tu pulak haha. Nak tunggu Abang kahwin entah bila pulak. Tunggu Athie kahwin tak tahu, harap-harap 2 or 3 tahun lagilah. Calon pun belom ada tuu haha. Kalau Ayeen jangan haraplah sama macam Ena jelah nampaknya, Sedihhhh

Kan best kalau ada adik beradik ramai then jarak umur jauh. Perghhh time tu mesti berderet-deret anak buat kot. Tengok lagi sekali Ena merungut tak reti nak bersyukur, Subhanallah.. Okay tak baik dosa dosa Allah marah. Sabar jea lah tunggu antara abang, athie dengan ayeen sapa nak bagi Ena ank buah dulu. Jangan Ena yang bagi dorang anak buah dulu sudah. HAHA gatal kau Ena, amboi amboooii. Yelah Ena lah kena tunggu dorang dah anak last bagi chance dekat abang kakak-kakak jalan dulu huhu.

Selalu kalau jumpa sedara-mara dulu melayan budak-budak jea lah. Orang besar tak layan dah haha. Seronok jugak, sometimes kena buli balik dengan budak-budak ni tapi kalau sesetengah yang mengada overrr tu sabar jea lah. Biasalah budak-budak memang over sikit haha. Tapi kalau ayeen memang kelakar layan budak, keras cam kayu HAHA. Tapi paling gengster semua budak-budak dengar ayeen cakap kot. Kalau Ena cakap gelak-gelak then buat 'derk' jea. Kuranggg ajar korang haha.

Wei apa Ena merepek banyak ni? Haha sorry ter'syok' sendiri. Kbyeeeeee


Tuesday, May 22, 2012

Study or Work?

Assalamualaikum..

Hari ni Ena start blog dengan benda merepek. Disebabkan asyik duduk rumah jea, jadik Ena pun try main satu game merepek ni hihi. Memang tak tipu sangat merepek, tapi yang seronok boleh buat kta gelak-gelak macam orang bodo sikit. Sebab bila main game ni kadang-kadang dapat puji free, kadang-kadang kena kutuk pun free paling seronok bila benda alah ni start cakap benda merepek. Seronokk wa cakap lu orang haha!

Haha korang tengok. Baru acah-acah kenal Eleena tak terus cakap husband Ayu Ismail. Bila masa Ena kahwin pulak HAHA. Then nama suami Ayu Ismail, perghh laki aku nama depan dia Ayu tak menahan hewhew

Wahahaha korang tengok, seronok tau bila benda alah ni start merepek. Bila time kita bosan, or sedih ubat dia main jea game ni. Mesti tergelak-gelak, paling takpun mesti tersengih jugak.  

Habis tutup cerita pasal main Simsimi ni. Hari Ena ada dapat mood nak menulis sikit, tapi pasal apa? Jeng jeng hihi actually sebenarnya takde apa pun. Sometimes bila kita tengah umur macam ni, busy dengan study kita macam jelous pulak tengok budak-budak sebaya kita dah kerja. Yelah baru umur macam kita tapi dah kerja office sume, okay hapeee! Then rasa macam buang masa jea aku study baik pergi kerja terus. Tu lah perasaan yang datang lagi-lagi bila banyak syaitan menghasut and mengapi-apikan orang. Mana taknya kita busy study, busy kejar sana sini, and then orang yang kerja pun busy tapi akhir bulan dapat gaji. Kita yang study akhir bulan duit dalam bank habis belanja huwaaaa.

Tak baik sebenarnya kalau fikir macam tu. Ya Ena tahuu. Tapi kadang-kadang benda alah ni kejap kejap datang dalam kepala otak buat Ena terfikir. Bila dah terfikir tu kadang-kadang nak hentak jea kepala kat dinding so jangan fikir lagi. Tapi seperti biasa bila umur tua macam ni suka berfikir yang bukan-bukan. Actually kalau ada kawan-kawan kita yang sebaya kita dah kerja best-best itu semua rezeki dia. Rezeki orang lain-lain. Dorang berusaha then dorang dapat. Dan untuk orang macam Ena ni, sebenarnya tengah berusaha jugak. Berusaha lebih-lebih keras, memang lambat tapi biasalah kalau kita dah bersusah payah sangat-sangat memang lambat sikit nampak hasil dia. Tapi takpe Insya-Allah sentiasa ada yang terbaik kat depan. Sentiasa ada rezeki untuk masing-masing.

Sebab tu bila time study kita hargai masa-masa ni. Bukan senang, nanti-nanti bila dah tua beruban kita rindu time kita study. Sebab tu lah time kita boleh main-main, buang masa dengan benda tak berpekdah, gelak benda bukan-bukan, buat lawak yang tak lawak mana pun, jumpa kawan-kawan, jumpa pakwe-pakwe baru acehhh dan banyak lagi. Sebab bila dah kerja takde sangat dah masa tu semua, yes memang kita ada cuti, holiday or anything tapi takkan sama dengan time kita study. So siapa-siapa yang macam Ena ni, anggaplah time study ni time HOLIDAY kita buat masa yang lama. Tapi bila-bila holiday tu pun tak bermakna kita boleh senang-lenang, bila exam kita kena bantai semua super power kita dekat paper kan :) 

So buat Ena sendiri takmoh pikir bukan-bukan dah. Tak baik kalau asyik pikir negatif jea. Bila time kita tengah study ni, kita study jea. Jangan fikirkan sangat apa yang akan jadi masa depan nanti. Kita dapat kerja apa ke, kerja kat mana ke, tak perlu semua tu. Kita buat yang terbaik time study, bantai sehabis baik. Bila habis time study, time tu pulak kita fikir kerja apa yang kita nak cari. Sebab ingat rezeki tu adanya untuk semua orang. Kalau kita sibuk nak fikir dua-dua sekali nanti memang tak ke manalah jawabnya heheeee. *petik kata-kata tu dari someone yang seriously support Ena time Ena dilema dulu HAHA

Thursday, May 17, 2012

Mana hilangnya 'feel' tu? Errr

Assalamualaikum..

Sekarang jam tepat menunjukkan pukul 1.16am. Tapi ikut jam ena lerr. Sebenarnya ada something yang Ena nak story moryy tapi susah nak sampaikan. Sejak-sejak dah lama tak belajar BM jadi penulisan tu macam jadi slow, berkarat jea. Nak pikir ayat ambil masa sikit aduhai. Okay never mind, kita ambil masa sikit. Sebelom tu merepek-merepek dulu okay. Korang semua kena layannnn jangan nak malas-malas baca pulokk k. Tapi sebelum tu nak merepek apa ni? Alaaa tak tahu, haaa apa kata cerita pasal berapa pointer yang Ena dapat! Oh no no! Sama sekali Ena takkan share dengan korang. Maluuuu lah hihi

Okay cukup! Ena nak berkongsi saja. Siapa yang patut dipersalahkan bagi korang? Okay itu adalah soalan tergantung. Tak tahu hujung pangkal suddenly tanya soalan. Ya tak yaa jugakkan.. There a guy or a girl(tak kesah sesiapa jea yang korang pilih sendiri) yang setia, baik, amanah, fatonah semualah dengan bf/gf dia. Tapi suatu hari dia minta putus tanpa sebab yang betol or salah apa. Bila ditanya dia tak boleh nak bagitahu sebab apa dia minta putus. Then bila dipaksa oleh ex dia dok asyik tanya-tanya balik soalan sama dia jawab satu jea 'feel tu dah takde' Erkk jadah feel apa ni? Yes tak tipu dia still sayangkan gf/bf dia. Still setia dengan bf/gf dia. Cume feel tu dah takde so dia ambik jalan untuk break up.

So apa makna dengan feel ni? Selama ni feel tu ada cume adalah beberapa sebab yang membuatkan 'feel' tu hilang.

Bf/gf dia selalu abaikan dia, tapi takde sampai lupakan dia.
Bf/gf dia never never stand up for her/him.
Bf/gf tak mengutamakan dia *benda biasa bagi Ena sebab bukan laki bini lagi
Bf/gf sentiasa takde bila dia nak share anything*sometimes perkara kecil2 pun seronok bila share sama-sama
Bf/gf ada penyakit suka buat 'derk'
Bf/gf suka ambil benda mudah
Bf/gf dia sometimes takde bila dia perlukan support, or tempat nak mengadu

So andai kata akhir keputusan ambil utk break up sapa yang salah? Yang mintak break up tu, or yang ditinggalkan tu? Kalau bagi Ena macam salah yang minta break up tu, takkan semata-mata takde feel dia pakai blah jea terus. Tapi betol jugak kalau feel dah takde takkan nak duduk tahan jea. Macam patung jea, tak baik pulakkan. Ena rasa 'feel' ni macam spark dalam sesebuah hubungan. Kalau hubungan tu dah suram, malap jea buat apa salah sorang tu nak teruskan. Lagi kalau 'feel' dah takde kiranya macam dah takde kemesraan dalam hubungan. Jadi sebenar-benarnya siapa yang salah eh?

Saturday, May 5, 2012

Someone That I Love

Assalammualaikum..
Sebagai peringatan untuk Ena sendiri:


Orang kata saya lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan saya.. ibu
Bila lapar, yang suapkan saya..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di samping saya.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang saya sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, saya cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… saya dekati ibu
Bila nak bergesel… saya duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujuk saya hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi saya… ibu
Bila merajuk… yang memujuk saya cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan saya.. ibu
Bila nak peluk… yang saya suka peluk..ibu

Saya selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, saya mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama saya nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. saya suka luah pada ..Ibu
Bila takut, saya selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah saya dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium saya sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaran saya. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang saya, Ibu
Yang selalu berleter kat saya.. Ibu
Yang selalu puji saya.. Ibu
Yang selalu nasihat saya.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama saya akan tunjuk dan rujuk… Ibu

Saya ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… saya cari pasanganku
Bila sedih… saya cari Ibu
Bila berjaya… saya ceritakan pada pasangan saya
Bila gagal… saya ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, saya peluk erat pasanganku
Bila berduka, saya peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… saya bawa pasanganku
Bila sibuk… saya hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasangan saya
Bila sambut hari ibu… saya cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… saya ingat pasangan saya
Selalu… Ibu ingat kat saya
Bila..bila… saya akan talipon pasangan saya
Entah bila.. saya nak talipon Ibu
Selalu… saya belikan hadiah untuk pasangan saya
Entah bila…. saya nak belikan hadiah untuk Ibuku



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay saja nak share ni dekat blog Ena. Untuk ingatan Ena sendiri. Walaupun tak semua tu Ibu buat dekat Ena, contoh Ibu takkan puji Ena heeee. Ibu akan cakap Ena ni gemok, tak cantiklah, pendek dll tapi semua tu bagi Ena pujian. Cume pujian Ibu ni style lain sikit hehe. Dan lagi, Ibu kalau bagi nasihat or sokongan gengster sikit. Macam gaya2 marah sikit. Tapi tu yang selalu buat Ena semangat lebih bila dengar hihi.


Dan benda yang Ena akan selalu ingat, Insya-Allah jangan pernah sesekali lebihkan sesiapa dari Ibu dan Ayah. Jangan sebab kawan kita lupakan Ibu Ayah. Bila time senang kita berseronok sana sini. Tapi bila susah kita cari Ibu Ayah balik. Ena tak nak jadik macam tu. Lagi-lagi sekarang ramai dah terlampau lebihkan Bf/Gf dia dari parents. Ini sume benda yang Ena nampak, kalau boleh Ena pun tak nak benda ni jadik dekat Ena. Seronok dengan kekasih hati masing-masing sampai Ibu dilupakan. Bila susah cari Ibu Ayah. Takmoh takmohh!


I Love you
Mohamad Asri Bin Zulkipli
Zainap Binti Abd Majid



Thursday, May 3, 2012

Tawar Hati

Assalammualaikum..

Lama betol tak menulis dekat blog ni. Mana nak ingat kalau sibuk main facebook jea, then nak menjaga twitter nya pulak. Dengan waktu tido lagi yang huru-hara. Tu lah jadiknya kalau orang tamak *err tetibe kau ena. Hari ni tergerak nak melawat blog yang dah berhabuk setebal habuk tingkap kat jengka, so Ena update lah sekali. Tak nak panjang manapun, sebab mood nak tulis takde. Tapi terpaksa nak tulis sebab nak bagitahu sesiapa yang singgah blog ni yang blog ni masih bernyawa lagi huwhuwww..

Tajuk post kali ni Tawar Hati. Err apepasal lu Ena? Tak cukup garam gula ke sampai tawar-tawar ni? Okay tak lawak...Nak cakap tawar hati pasal apa memang tak boleh nak Ena ungkapkan acehh. Tapi tak tahu apepasal kebelakangan ni Ena rasa macam ni. Biasalah Ena ni overrr sikit, drama banyak kadang-kadang. So layannnnn kan jea okay. Jadik everything yang Ena buat rasa cam tawar-tawar jea. Takde rasa dah manis masin pahit ke apa. Tak syokkk ah camni. Macam tak enjoy bila buat something..Lama-lama nanti okay lewwwwtuu.

Kalau Ada Jodoh Memang Tak Mana *okay apehal tetibe,sumpah mengarut


Okayy bubbyeee korang. Pendek dan gedik jea post kali ni. Lain kali kalau Ena rajin post panjang-panjang pulak okay :)



Monday, January 23, 2012

Dia Paling Utama. Acehhh

Assalammualaikum..

Hai halooo. Memang dah lama Ena tak tengok apa jadik dengan blog Ena ni. Sorry sebab takde masa nak update tapi bukan nak salahkan masa jea, Ena sendiri pun takde idea nak update. Memory kepala otak ni dah full kena ingat macam-macam aduhaiii. Apa khabar sehat tak Encik Blog? HAHA macam orang gilaa. Alhamdulillah Ena sehat-sehat jea. Tapi cuti tahun baru cina ni nak datang sakit-sakit pulak. Apa ke malang ni huhu. Takpe mungkin Allah nak menguji kita. Dah dekat sebulan sehat tak sakit-sakit langsung, kali ni Allah turun sikit ujian. Actually bukan sikit ujian Allah turunkan dekat Ena. Rasa macam banyak jugak ujian yang Ena dapat this year. Oh and seriously ujian ni kadang-kadang boleh jadik terlampau extreme. Ena kadang-kadang rasa macam nak jatuh terjelepok, or jatuh tergolek-golek nak handle masalah yang datang. Try jugak nak jadik macho tapi dalam hati macam-macam melanda. Tapi satu Ena ingat nangis tu bukan cara penyelesainya. Nangis meraung-raung pun masalah tu bukannya boleh selesai. Walaupun Ena kadang-kadang call menangis dengan Ayah huwhuwhuwwww.
Tiap kali ujian datang menimpa-nimpa Alhamdulillah setakat ni Ena tak rebah lagi. Handle dengan senyuman walaupun dalam hati Allah jea tahu. Rasa macam nak kasi pelempang jea sapa-sapa yang buat onar tu hakhakhak. Satu jea lah yang boleh buat Ena jatuh tapi senang nak bangun balik. Err cam mana tu? Selalu orang dah jatuh mesti sakit-sakit susah nak bangun sikit. Kali ni Ena lain, Ena akan jatuh seteruk yang mungkin tapi cepat-cepat boleh bangun. Ena jadik macam ni bila ingat IBU hihihi. Sekarang ni jiwa I sensitif sikit lah you HAHAHA. Bukan bukan kadang-kadang sedih ni datang bila tengah struggle, susah payah then teringat kat ibu. Apa ibu tengah buat sekarang? Ibu makan apa? Ibu masak apa? Sapa teman ibu kat rumah? Sapa nak layan ibu? Sapa yang nak buat lawak-lawak bodoh dengan ibu? Bila lagi boleh tengok ibu buat muka? Tu yang buat Ena terus jatuh huuuuuuu. Kalau call tak cukup. Kalau skype tak puas sebab tak dapat capai. Tu yang buat Ena sedih kebelakangan ni, rasa nak balik jea. Kalau boleh nak kata kat ibu 'nak balik kahwin then boleh duduk rumah jaga ibu ayah sekali' HAHA nak mati cakap macam tu. Mahu kena kejar satu pandan ni huhuuuu.
Kalau boleh nak belanja ibu makan-makan tapi selalu jual mahal. Kalau boleh nak belanja ibu baju pun ibu jual mahal. Kalau boleh Ena nak belanja ibu kasut, ibu tetap jual mahal. Cehhh ibu semua jual mahal.. Tapi Ena tahu ibu tak mintak balasan sume tu. Tapi Ena tetap nak kasi tapi ibu tak nak terima. Bengang Bengang!! HAHA

Beli buku ni ingat ibu hihihi

Okay cukup tak nak cite banyak-banyak. Okay ibu korang yang lain pun mestilah terbaik untuk korang jugakkan. Apa pun buat Ena, Puan Zainap lah yang terbaik! hehe. Saya sayang ibu sayang. Awak sayang ibu awak? HAHA Semestinya awak harus sayang. Big Big Big Hug For IBUUU!!

Sunday, January 1, 2012

Assalammualaikum 2012

Haloo haloo....

Alhamdulillah sampai hari ni Ena still ada peluang nak tengok 2012 ni. Syukur sangat. Tapi tak lupa jugak pada 2011 yang sangat syok. 2011 adalah tahun paling happy Ena sebab tahun paling rilek sekali sebab mampu duduk rumah goyang kaki untuk masa tempoh yang sangat lama. Dan mungkin lepas ni Ena takkan dapat lagi tahun seperti 2011. So walaupun berat Ena kena terima jugak, Byebye 2011 and Hai 2012. Dan insya-ALLAH 2012 adalah tahun paling busy Ena mengalahkan perdana menteri. Biasalah tu dah lepak2 rilek2 lama and tahun ni Ena kena kerja keras sikit.

Kalau new year mesti ada kaitan dengan azam kan kan? Tapi this year Ena tak nak cerita azam pun, and untuk pengetahuan semua Ena takde pening2 pikir pasal azam pun. Just Ena mintak Ena boleh berjaya dalam apa jua keadaan. Ena harap orang sekeliling Ena sentiasa dalam keadaan sihat dan seronok berada disamping Ena. Awwwww. And the most important thing Ena tak nak ada lagi rasa hasad dengki sume dalam diri. Puhhpuhh mintak jauh. Buang semua hasad dengki tu. Sebab hasad dengki tu yang tak elok. Ya Allah dimintak jauh dari diri Ena

So berlalu sudah tahun 2011, sama jugak berlalunya cuti seminggu Ena. Cuti yang banyak buang masa dengan perkara yang tak berfaedah haishh. So new year is my year tu struggle. So doa-doakan lah Ena ni kuat untuk struggle sedaya upaya acecehh.. Seronok, bersenang-lenang dah, so pasti ada yang menanti dihadapan. Yang pasti apa menanti dihadapan tu sudah semestinya tidak seronok langsung huwhuwhuwww. Semoga dapat menjalani tahun 2012 dengan baik. Insya-ALLAH ni adalah tahun yang terbaik untuk semua :)


HAPPY NEW YEARR!!!!