Monday, January 23, 2012

Dia Paling Utama. Acehhh

Assalammualaikum..

Hai halooo. Memang dah lama Ena tak tengok apa jadik dengan blog Ena ni. Sorry sebab takde masa nak update tapi bukan nak salahkan masa jea, Ena sendiri pun takde idea nak update. Memory kepala otak ni dah full kena ingat macam-macam aduhaiii. Apa khabar sehat tak Encik Blog? HAHA macam orang gilaa. Alhamdulillah Ena sehat-sehat jea. Tapi cuti tahun baru cina ni nak datang sakit-sakit pulak. Apa ke malang ni huhu. Takpe mungkin Allah nak menguji kita. Dah dekat sebulan sehat tak sakit-sakit langsung, kali ni Allah turun sikit ujian. Actually bukan sikit ujian Allah turunkan dekat Ena. Rasa macam banyak jugak ujian yang Ena dapat this year. Oh and seriously ujian ni kadang-kadang boleh jadik terlampau extreme. Ena kadang-kadang rasa macam nak jatuh terjelepok, or jatuh tergolek-golek nak handle masalah yang datang. Try jugak nak jadik macho tapi dalam hati macam-macam melanda. Tapi satu Ena ingat nangis tu bukan cara penyelesainya. Nangis meraung-raung pun masalah tu bukannya boleh selesai. Walaupun Ena kadang-kadang call menangis dengan Ayah huwhuwhuwwww.
Tiap kali ujian datang menimpa-nimpa Alhamdulillah setakat ni Ena tak rebah lagi. Handle dengan senyuman walaupun dalam hati Allah jea tahu. Rasa macam nak kasi pelempang jea sapa-sapa yang buat onar tu hakhakhak. Satu jea lah yang boleh buat Ena jatuh tapi senang nak bangun balik. Err cam mana tu? Selalu orang dah jatuh mesti sakit-sakit susah nak bangun sikit. Kali ni Ena lain, Ena akan jatuh seteruk yang mungkin tapi cepat-cepat boleh bangun. Ena jadik macam ni bila ingat IBU hihihi. Sekarang ni jiwa I sensitif sikit lah you HAHAHA. Bukan bukan kadang-kadang sedih ni datang bila tengah struggle, susah payah then teringat kat ibu. Apa ibu tengah buat sekarang? Ibu makan apa? Ibu masak apa? Sapa teman ibu kat rumah? Sapa nak layan ibu? Sapa yang nak buat lawak-lawak bodoh dengan ibu? Bila lagi boleh tengok ibu buat muka? Tu yang buat Ena terus jatuh huuuuuuu. Kalau call tak cukup. Kalau skype tak puas sebab tak dapat capai. Tu yang buat Ena sedih kebelakangan ni, rasa nak balik jea. Kalau boleh nak kata kat ibu 'nak balik kahwin then boleh duduk rumah jaga ibu ayah sekali' HAHA nak mati cakap macam tu. Mahu kena kejar satu pandan ni huhuuuu.
Kalau boleh nak belanja ibu makan-makan tapi selalu jual mahal. Kalau boleh nak belanja ibu baju pun ibu jual mahal. Kalau boleh Ena nak belanja ibu kasut, ibu tetap jual mahal. Cehhh ibu semua jual mahal.. Tapi Ena tahu ibu tak mintak balasan sume tu. Tapi Ena tetap nak kasi tapi ibu tak nak terima. Bengang Bengang!! HAHA

Beli buku ni ingat ibu hihihi

Okay cukup tak nak cite banyak-banyak. Okay ibu korang yang lain pun mestilah terbaik untuk korang jugakkan. Apa pun buat Ena, Puan Zainap lah yang terbaik! hehe. Saya sayang ibu sayang. Awak sayang ibu awak? HAHA Semestinya awak harus sayang. Big Big Big Hug For IBUUU!!