Kali ni segmen post berderet-deret.. Harap maaf idea datang mencurah-curah. Bukan benda berpekdah pun nak tulis ni tapi still nak cerita dengar korang teheeee :) Semalam punya semalam layan tengok cerita Planets of Apes dengan ibu. Sebenarnya dah banyak kali tengok tapi disebabkan ibu tak tengok lagi so Ena pun tumpang sekaki tengok sekali. Cerita pasal beruk jea pun, apa jadik hal kan. Itu semua yang korang pikir. Tapi kalau korang nak tahu first time Ena tengok Ena menangis kot. Wa nangis wa cakap lu! Haha maluuunyaaa. Tapi bukannya nangis yang meleleh air mata tu, ni nangis yang cam bertakung tu jea. Tengok nak coverr, pandai engkauu Ena HAHA
Masa tengok dengan ibu Ena 'cool' jea lah. Dah takde kesan dah sebab dah tengok banyak kali. Tapi Ena tak habis tanya Ibu "sedih tak ibu?' 'sedihh tak?' Haha seperti biasa Ibu Otaiii kot, so Ibu geleng-geleng jea lah haha. Tetibe tengok cerita tu Ena teringat cita-cita masa zaman kanak-kanak dulu. Bukan cita-cita nak jadi BERUK kot, beragak sikit korang. Okay okay bukannya cita-cita nak jadi lawyer, nurse, boss, ceo syarikat apatah and blablablaa. Semua tu bukan okay. Salah satu cita-cita Ena antara yang banyak-banyak tu nak jadik Doktor Haiwan. Haha macam takde kena mengena jea.
Macam tak pecaya Ena nak jadik doktor haiwan dulu. Mungkin dulu sayang binatang sangat kot haha. Tapi kalau ular sakit tak mungkin Ena rawat, Ena lari dululah. Seronok excited semualah bila pikir balik. So Ena startlah berangan balik, kalaulah dulu masa sekolah Ena masuk kelas science agak-agaknya Ena boleh teruskan impian nak jadik doktor haiwan tu. Tapi sayangnya masuk kelas akaun, memang dah ke arah lain. Bolehlah Ena merawat kucing-kucing ni. Siannn pulak terbiar kat luar sana. Semua tu angan-angan tak jadi jea HAHA