Thursday, August 25, 2011

Orang-Orang Hebat

Assalamualaikum



Semalam tak tidur sebab nak try edit blog punya pasal. Tapi apa pun tak jalan-jalan. Buat letih jea, thanks dekat Shimeer sebab sanggup melayan Ena ni tengah-tengah malam. Nak ajar buat blog ni punya pasal ngehehe. Sebab dah try banyak kali sangat Ena dah naik fed up. kali ni lantaklah sama rupa blog ni, yang penting isi dia. Kalau ada sapa-sapa yang menyampah tengok blog Ena ni boleh angkat kaki then jalannnnn berambus dari sini. Terima Kasih :)
Tengah sibuk-sibuk tengok tutorial nak edit blog, Ena pun terbuka atau dalam erti kata lain terjumpa blog-blog orang orang hebat ni. Pergghhh jangan cite pasal follower dorang memang dah beribu-ribu kot. Tapi bukan pasal follower tu yang Ena nak bagitahu. Ena perasan kebanyakkan blog ni owner dorang mesti cun cun. Pewwit cun gila gila lah wa cakap lu. Lepas tu dorang semua pakai tudung kot alahai ayunyaa. Dah lah lawa plus pakai tudung plus ayu plus meleleh sesiapa tengok hihihi
Okay cukup cukup. Kalau lawa jea tak memandailah, sebab bila tua nanti hilang jugakkan. Salah sorang blog yang Ena skodeng owner dia nama Fatin Liyana orang dia cantik sangat-sangat. Macam angel pun ada *melebih-lebih Ena ni. Okay dia tersangat cantik, lepas pandai pulak tu aduhai. Kalau tak salah Ena bakal doktor kot. Ya Rabbi, tak perfect ke orang macam ni hihi. Ada lagi sorang owner dia nama Yuyu Zulaikha bakal accountant kot. Alahai alahai kredilnya Ena rasa sobsobsob. Kadang-kadang Ena ni dah seronok sangat dengan kehidupan Ena,sampai tak sedar ada orang yang hebat macam ni huuuuu :'( Bayangkanlah orang-orang hebat ni ada:


1.Muka yang teramat cantik, ayu dan bebas dari jerawat hihihi
2.Akhlak yang baik. Lemah-lembut, sopan macam-macamlah. Sejuk mata memandang
3.Kepandaian sangat powerlah. Dahsyat kot
4.Dilahirkan dari keluarga yang dikira senang tapi tapi bukan alasan untuk dorang tak berusaha dah tak spoil pun sobsobsob


Semua ni tunjukkan bertapa 'awesome'nya dorang. Dengan itu Ena sedar bertapa kredilnya Ena ni sekarang. Dengan rupa yang takde ni, kepandaian yang suam-suam kuku hihi, akhlak yang sedang-sedang jea *perasan perasan, apalah yang ada dekat Eleena Asri ni ya?
Dan disebabkan ni jugak self-confident Ena jatuh mendadak haha. Dari dulu self-confident yang ada ciput-ciput jea sekarang langsung dah takde agaknya muahaha. Tapi takkan nak putus asa pulak. Oh no no, it just not Eleena okay! Setiap orang ada kelebihan dan jugak kelemahan. Dan kerana kelemahan Ena ni lebih banyak dari kelebihan Ena jadik Ena kenalah berusaha lebih. Berusaha lebih dari orang lain. Berusaha, bersusah-payah dulu dari sekarang. Gerakkan badan, kepala otak yang dah lama malas malas ni. Insya-ALLAH dengan izin-Nya sesiapa pun boleh jadik hebat jugak *wink wink
Jadik kirimkan doa korang untuk Ena ya. Okay muah muah big huggg for you hihi

Orang-Orang Hebat
-Fatin Liyana
-Yuyu Zulaikha
-Maria Elena
-Cik Epal

Korang tengoklah bertapa cantiknya mereke-mereke ni wehuuuuuu.. Err tak kena saman kan kalau letak blog orang lain dekat blog kita? haha