Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan

Assalammualikum
Oh yes yes, Ramadhan datang lagi. Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan 8 kot. Semua umat Islam dah start puasa. Sejak-sejak Ena dah besar ni acecehh haha, Ramadhan jadik makin best pulak, kalau time kecik-kecik dulu tiap kali datang bulan Ramadhan mesti menyampah. Yelah kecik-kecik dulu tak tahu apa makna Ramadhan ni kot. Yang tahu kita tak boleh makan dengan minum. Kalau buat jugak nanti tak dapat duit raya, ishh ada ke patut. Tapi sekarang tak kesah dah pun haha sebab dah tahu semua tu menipu semata-mata. Seingat Ena start puasa penuh masa darjah 1 kot kalau tak silaplah. Sebenarnya tak larat pun, tapi malu nak cakap sebab time tu duduk dengan nenek. Kalau dengan ibu ayah memang dah mengamuk nak buka lah.


Tapi pada pandangan semua orang Ena puasa penuh masa darjah 1, tapi dorang silap. Muehehehehe. Masa kecik perangai kadang-kadang macam syaitan sikit. Tak pikir mana satu betol, mana satu salah. Tahu pakai bedal jea. Time darjah 1 dulu kalau rasa lapar ke haus, dengan selamba Ena akan pegi toilet bajet-bajet macam nak ambik air sembahyang tapi teguklah jugak air paip tu. HAHAHA tahu memang pengotor minum air paip, apa nak buat time kecik-kecikkan. Lepas tu kalau rasa lapar atau haus lagi, Ena akan buat muka selamba pegi toilet konon nak buang air pulak. Tapi teguk lagi air paip tu hahaha. Perangai masa kecik-kecik biasalah, jangan nak kata korang tak pernah buatlah, nampak sangat menipu HAHA. Sekarang dah taubat tak buat benda-benda tu lagi. Maknanya kalau seingat Ena start puasa time darjah 2 atau 3 macam tu lah. Kira okay lah tu :) Lagi satu kalau zaman kanak-kanak dulu nak puasa malas tapi tapi tapi kannnnnnnnnn kalau time pegi terawih rajin pulak. Entah kenapa bila kecik-kecik dulu excited jea nak pegi terawih. Memanglah sembahyang time tu tak berapa reti, bantai ikot orang jea. Orang rukuk kita pun rukuk, orang sujud kita pun sujud. Tapi takpe setidaknya ada niat. Tapi bila dah tua-tua ni datang penyakit lain, puasa okay takde hal tapi pegi terawih malas pulak HAHA. Terbalik pulak jadiknyaa


Ada lagi yang best bulan Ramadhan, benda ni takde time bulan-bulan lain. Yang bestnyaa dapat main bunga api, mercun dah segala-gala jenis benda alah tu. Ena bila tengok ada macam-macam jenis bunga api or mercun Ena jadik excited. Sebab pelbagai jenis dia ada, contoh macam mercun bola, mercun ketupat, mercun gasing, mercun mancis dan ada lah lagi. Dah terlupa pulak haha. Tengok punyalah kreatif manusia yang bagi nama dekat benda alah tu. Tapi sayang sangat Ena tak berapa berani nak main mercun ni haha, tapi main jugaklah. Cume tak seberani ayeen, abang dengan ayah. Kalau setakat bakar then baling jauh-jauh semua orang retikan. Tapi kalau bakar then nak baling style apa entah memang den tak gheti lah. Jadi langkah paling selamat main bunga api sudah haha. Pun okay jugak apa. Memang kadang-kadang kita main bunga api ibarat kita makan asap sebab tahu-tahu jea lah bunga api kalau nak bagi asap bukan main banyak lagi. Boleh sampai tersedak-sedak sedut asap jea, tapi best jugak. Lagi-lagi bila tengok budak-budak kecik main, alahai comel kemain rasa nak pijak-pijak jea haha. Tapi tahun ni rasanya dapat main sikit-sikit jea sebab sume dah besar, lagipun supplier dah takde HAHA


Apa pun Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua umat Islam. Bulan yang mulia ni banyak-banyak buat benda yang baik-baik jea. Tinggalkan dulu perangai-perangai yang naughty sume tu. Macam Ena ni kena kurangkan mencarut-carut sume HAHA, marah-marah orang. Okay Ena doakan semoga korang semuaa lah tak kesah sesiapa pun, sentiasa dalan keadaan sehat dah dapat menjalankan puasa, solat terawih dengan sempurna. Ok terima kasih. Kbyeeeeeeeee