Okay nak mulakan cerita dengan penuh belagak pulak kali ni. Ena baru jea balik dari Cameron Highland kot, korang ada ke? Takde kan so jangan nak jeles huehuehue. Actually takde best mana pun Cameron tu. Sejuk jea lah kot tapi sekarang tak berapa nak sejuklah. Kalau Ena pakai singlet pun rasa mampu jugak tahan walaupun bergigil-gigil tahap gaban. Tapi kalau dulu pakai sweater tebal macam mana pun, dah bergigil-gigil gila, bergoyang kepala lutut kot. So apa yang Ena cuba nak sampaikan ialah Cameron Highland dah tak sejuk pun. Global warming kot haha.
Tapi bukan tu yang Ena nak ceritakan. Okay disebab jauh berjalanan so banyaklah yang dibebelkan oleh ayah dan ibu dalam kereta. Ena buat tak layan jea, tapi telinga tetap dengar. Ayah cerita pasal orang laki kot. Okay what!! Ayah cakap pasal lelaki hekhekhek geli ketiak bila dengar ayah cerita kot. Tapi rasanya Ena paham kot kenapa ayah tetiba cerita pasal hal ni. Agaknya dia tak nak anak-anak dara dia tersalah buat pilihan or tersalah langkah bila hal berkaitan orang lelaki ni. Kang tak pasal-pasal naya pulakkan
Ayah Kata:
Jangan Cari Lelaki Yang Suka Bertukar-Tukar Kereta ataupun Barang-Barang
- Nak tahu tak sebab apa? Sebab tak hairanlah kalau seorang lelaki tu suka bertukar-tukar harta benda makna dia bukanlah dari spesies yang setia. Kalau dah dari mula lagi dia dah tunjuk dia suka bertukar-tukar ni bermakna mungkin jugak dia nak tukar kekasih hati or isteri ke. Tapi kalau dia dari spesies suka menambah barang takpelah kot. Sebab berkemungkinan dia hanya akan menambah lebih ramai awek or isteri HAHA parah macam ni
Jangan Cari Lelaki Yang Terlalu Berani Meluahkan Perasaan
- Nak tahu sebab apa? Sebab kalau dia terlalu berani atau dalam erti kata lain terlalu kecoh tentang perasaan dia bermakna dia mungkin akan buat macam tu dekat perempuan lain selain korang. Kan berani terlebih tu. Kalau dekat 'facebook' pun cakap SAYA CINTAKAN TUTT TUTT pun susah jugak. Tapi tak dinafikankan benda macam tu yang selalu buat orang perempuan cair but last melalak jugak. Benda biasa tu
Jangan Cari Lelaki Yang Terlampau Suka Memuji
- Nak tahu sebab apa? Sebab lelaki seperti tu berkemungkinan hanya suka pada benda-benda yang selalu dia puji. Contohnya 'bie, muka bie cantik sangat, kalau boleh nak tengok tiap masa' dan dari situ nampak sangat dia hanya suka seseorang perempuan sebab kecantikkan dia. Dan lagi 'bie, you pakai baju ni sesuai sangat. nampak comel seksi pulak tu' dari situ nampak dia sukakan seseorang itu kerana bentuk badan. Tersangatlah salah! Perempuan memang suka dipuji tapi jangan secara melampau-lampau seperti tu
Jangan Cari Lelaki Yang Susah Nak Memahami Perasaan
- Nak tahu sebab apa? Sebabnya nanti hati perempuan jugak yang terseksa, tak gituu? Actually memang bagus kalau lelaki tu tak terlalu menunjuk dia sayangkan someone, sebab tu adalah cara lelaki bagitahu yang dia tersangatlah sayangkan seorang perempuan. Just like ayah!! Tapi kalau kita mengajuk pun buat tak tahu, lepas tu tanya kenapa? kalau kita diam tak layan pun buat tak tahu, lepas tu tanya kenapa? Tak ke buat orang hilang sabar tu hihi
Okay okay rasanya cukuplah kot. Banyak lagi yang ayah cakap cume malas nak taip lebih-lebih haha. Semua tu ayah cakap tapi Ena yang huraikan. So kira macam ayah cakap jugaklah kan HAHA.