Okay, bila difikirkan balikkan kenapa orang tak pernah nak hargai orang yang betol-betol dah ada depan mata? Dia tetap nak pandang orang yang lebih menyusahkan diri dia sendiri. Tetap nak sayang orang yang tak reti nak hormat dia pun? Tapi orang yang dah ada depan mata dia buat 'derk' jea. Ada ke patut? Memang kadang-kadang rasa geram geram dan tersangatlah geram bila kita ni cuba nak tolong dia, ingatkan dia but at last dia tetap akan back up orang yang tak hargai dia langsung tu. Kalau diikotkan hati Ena ni memang rasa nak mengamuk kot. Nak jea baling pingan mangkuk, periuk belanga, jerit macam orang gila dekat orang tu. Lantaklah dah hati geramkan. Ena memang nak buat, tapi Ena tak nak last-last kita dipersalahkan balik. SUMPAH MENYAMPAH..
Tolong Diam, Jangan Cakap Lagi
Kalau nak tahu tu adalah ayat paling Ena benci kot. Pantang atok nenek keturunanlah tu kan. Haha lebih lebihhh engkau Ena. Bukanlah ayat tu Ena tak suka orang guna ayat tu bila Ena sedaya upaya tolong nak bantu apa sahaja benda yang perlukan bantuan Ena. Tolong nak jaga apa sahaja benda yang tak terjaga. Tolong melindungi segala yang tak terlindung. Kita tolong sebab sayang, tapi tak hargai. Cehh sumpah rasa macam sampah pulak :(
Mungkinlah Ena ni banyak mulut, kuat membebel tapi tak salahkan kalau bercakap tu ada tujuan. Bukannya kita membebel tak tentu hala macam orang meroyan. Selama Ena masih sayang, selama tu Ena tetap akan jaga okay. Tak kesah orang nak kata apa pun.
Okay Nangis Kejap. Hukhukhuk