Sunday, October 23, 2011

Gaddafi Dibunuh?

Assalamualaikum,
Okay tajuk kali ni tersangatlah berunsurkan politik. Apa itu politik? Sumpah Ena tak pernah nak ambik tahu benda macam ni dalam hidup Ena. Dan kalau boleh Ena memang tak mahu terlibat pasal politik. Cume terpikir jea bila satu rumah ni sibuk sebut pasal GADDAFI. Ayah cerita, Ibu cerita, dan Berita pun sibuk bercerita pasal hal ni.

Siapa Gaddafi ini?

Okay, sebelum ni Ena tak pernah tahu sapa Gaddafi ni. Sorry lah sebab agaknya Ena ni memang tak ambik tahu hal ni. Biarlah dikata hidup macam 'katak dibawah tempurung'. Ena tak kesah langsung. Apa salah yang pernah Gaddafi ni buat? Err Ena sendiri pun tak tahu lah. Nak tanya Ayah malas pulak sebab nanti cite dia panjang lebar. Dan Ena tak larat tak dengar ngehngehh. Okay sebenarnya apa salah Gaddafi ni? Mungkin dia pernah bunuh orang MAYBE, mungkin dia pernah menyebabkan pergaduhan MAYBE, mungkin dia telah menyebabkan kapal terbang terhempas MAYBE. Yelah Ena pun tak berapa nak tahu sebab Ena tak pernah nak ambik tahu huhu.

So siapa pulak kita sume ni nak jatuh hukuman macam tu dekat dia? Besar sangat ke kita ni? Kuasa apa yang ada dekat kita ni? Bukannya Ena nak menyokong ke apa, serius Ena memang tak nak ambik tahu benda alah ni sume. Tapi bila Ena tengok berita keadaan Gaddafi sangat menyedihkan. Nak ke bila kita meninggal, mayat kita dipertontonkan pada orang ramai then mereka maki-maki, sumpah-menyumpah walaupun yang tinggal sekadar jasad sahaja. Nak ke? Sudah semestinya kita tak nakkan. Tapi kenapa mereka tetap melakukan perkara seperti tu? Sepatutnya ada sedikit rasa berperikemanusiaan tu, kalau tak nak sikit pun ada 'secebis' cukuplah.

Ena bukan nak menyokong ke apa, cume sedikit kecewa. Agama Islam kan agama yang halus, agama yang tidak mengajar langsung pasal kekejaman. Tapi kenapa dorang sanggup lakukan jugak? Kita tengok kucing mati kena langgar or kena dera kita punya lah marah, sedihkan. Inikan manusia pulak. So apa patut kita rasa kalau manusia diperlakukan macam tu.. Sepatutnya kita beri pada orang yang lebih layak untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal pada dia. Bukannya kita..

Subhanaallah