Thursday, June 2, 2011

Boleh Tahanlah

Assalamualaikum,
Maaf post sampai 2 kali kerana saya agak tamak hari ini. Okay post ni bukan pasal sapa-sapa. Ini pasal lagu. Lagu paling pelik pernah saya dengar seumur hidup saya, tapi bila dengar balik boleh tahanlah. Buat sesiapa yang ikot cerita Cinta Melody tu ni pasal lagu OST dia. Saya baru tahu kerana saya kurang gemar tengok cerita Indon kerana cerita Indon ni sangatlah merepek. Bila kita ikot cerita dia best2 ending cerita mesti macam taik, tak pun mesti ada scene yang tak logik. Biasa cerita Indon kan hehe. Lagu dia saya takkan perasan kalau athie tak bukak youtube dan dengar. Mula-mula dengar okay kiteorang terdiam, athie dah start suka layan-layan dah. Tapi saya pulak rasa nak tergelak terguling-guling pun ada bila dengar lirik dia, muzik dia. Macam cibai dohh hahahaha.
Okay okay tak nak hina. Lepas tu bila dengar blik boleh tahanlah kan. Comel jea lirik dia tu. Buat sesiapa yang ada pasangan yang kena ngan lirik tu, korang dalam kategori 'cute couple' lah. Sweet manis macam gulaaa haha. Yang peliknya bila dah dengar banyak-banyak kali tetibe dengan sendiri saya tersengih pulak. Kenapa ya? Musykil musykil haha. Ada kena mengena ke? Takpe buat korang yang minat lagu ni, baguslah lagu ni sedap, comel sweet macam korang XD


Maaf video ni agak taik sedikit:)

Yes memang aku rindu dekat kau pun 'Ain Idrus'



Assalammualaikum
Ain, aku memang ada terbaca blog kau tu. Terima kasih kau post blog kau untuk aku memang terharu gila. Aku pun tak tahu cara nak contact kau Ain. Tu yang aku tanya-tanya orang je pasal kau. Facebook pun kau dah deactived, number kau dah tak pakaikan. Haha aku Nur Eleena bukan 'Nora Elena' ada double 'E' Ain oii haha. BM aku takde lah tinggi mana Ain. Aku rindu pulak time sekolah dulu aku selalu ajar kau Math kan, aku pun tak paham apepasal kau selalu suruh aku ajar kau padahal aku lembab Math haha lepas tu nanti dua-dua jadik blur. Dulu-dulu aku adalah puji kau sekarang dah lama tak jumpa tak dapat aku nak puji kau lagi Ain. Yelah aku suka tengok muka kau sebenarnya Ain, dahlah putih melepak, cantik pulak tu haha. Serius kalau dulu aku penat belajar, boring ke aku selalu pegi tempat kau. Ingat tak? Tu dah jadik keje wajib aku mesti aku akan merantau pegi tempat korang sebab nanti aku senang hati bila tengok Amalina dengan kau, Ain. Dahlah dua-dua lawa gila, putih, cun, baik pulak tu hehe nanti hilang penat aku bila tengok korang :) 
Ain, aku tak pernah pikir kau sombong pun. Aku paham mesti ada sebab kenapa kau senyap jea lepas habis sekolah ni. Insya-ALLAH kalau ada masa nanti kita keluarlah macam dulu okay. Aku sudi jea nak keluar dengan kau Ain. Aku tunggu kau contact aku okay Ain haha 
I Miss You Too Ain

Thursday, May 26, 2011

Orang Kata Ni Course Taik..



Assalamualaikum,
Bukannya tak bersyukur, sebenarnya lebih dari bersyukur bila dapat tawaran masuk politeknik. Yelah maybe tak sepandai orang lain dapat tawaran ipta or mana-mana lah. Sebenarnya bila dapat tahu dapat course yang macam ni hati jadi berbelah bagi sama ada nak masuk ke tidak. Bukan masalah tempat jauh, kena berpisah jauh-jauh ngan family semua tu tak jadik masalah pun. Future untuk course ni, ada future ke? Ataupun lepas ambek course ni duduk rumah jea tak pun dapat kerja yang langsung takde kena mengena ngan bidang yang kita ambek. Bagus ke macam tu?


Yes, saya dapat tawaran dip untuk Ukur Tanah. Memang dah ramai sangat orang gelak bila dengar course ni. Telinga sampai dah biasa dan hati tak ingin nak ambek peduli pasal orang gelak-gelak tu. Jadik buat korang yang rasa nak gelak tu silakan. Okay course ni tak tarik minat pun, bila google pasal Ukur Tanah ni kerja dia memang agak berat untuk perempuan. Kalau time kuliah pun kebanyakkan sume kat luar kelas dah memang kerja tengah panas. Future untuk orang perempuan yang ambek course ni memang agak teruklah dah paling bagus pun ramai keluar jadi lecturer jea.


Sekarang ni memang berbelah bagi nak ambek ke tidak course ni? Bila tengok macam ramai jea yang dapat course ni rasa macam happy pulak. Dengar dorang kata seronok rasa macam excited pulak, tak sabar nak pegi jumpa kawan- kawan baru, nak belajar benda baru. Tapi bila orang ketawakan kita lepas tu cakap course takde masa depan, orang lain pandang kita macam kita ni bodoh sangat, ibu ayah pun macam tak nak jea layan bila tahu dapat course macam ni terus hilang rasa nak ambek course ni. Alahai sedihnya rasa
Mungkin kalau takde rezeki untuk sambung study or sambung course ni tak apa lah. Sebelah hati mungkin kata rugi sebelah lagi mungkin rasa puas hati. 


Insya-ALLAH rezeki sentiasa ada, kita jea yang kena pandai carik dah berusaha :)