Monday, January 23, 2012

Dia Paling Utama. Acehhh

Assalammualaikum..

Hai halooo. Memang dah lama Ena tak tengok apa jadik dengan blog Ena ni. Sorry sebab takde masa nak update tapi bukan nak salahkan masa jea, Ena sendiri pun takde idea nak update. Memory kepala otak ni dah full kena ingat macam-macam aduhaiii. Apa khabar sehat tak Encik Blog? HAHA macam orang gilaa. Alhamdulillah Ena sehat-sehat jea. Tapi cuti tahun baru cina ni nak datang sakit-sakit pulak. Apa ke malang ni huhu. Takpe mungkin Allah nak menguji kita. Dah dekat sebulan sehat tak sakit-sakit langsung, kali ni Allah turun sikit ujian. Actually bukan sikit ujian Allah turunkan dekat Ena. Rasa macam banyak jugak ujian yang Ena dapat this year. Oh and seriously ujian ni kadang-kadang boleh jadik terlampau extreme. Ena kadang-kadang rasa macam nak jatuh terjelepok, or jatuh tergolek-golek nak handle masalah yang datang. Try jugak nak jadik macho tapi dalam hati macam-macam melanda. Tapi satu Ena ingat nangis tu bukan cara penyelesainya. Nangis meraung-raung pun masalah tu bukannya boleh selesai. Walaupun Ena kadang-kadang call menangis dengan Ayah huwhuwhuwwww.
Tiap kali ujian datang menimpa-nimpa Alhamdulillah setakat ni Ena tak rebah lagi. Handle dengan senyuman walaupun dalam hati Allah jea tahu. Rasa macam nak kasi pelempang jea sapa-sapa yang buat onar tu hakhakhak. Satu jea lah yang boleh buat Ena jatuh tapi senang nak bangun balik. Err cam mana tu? Selalu orang dah jatuh mesti sakit-sakit susah nak bangun sikit. Kali ni Ena lain, Ena akan jatuh seteruk yang mungkin tapi cepat-cepat boleh bangun. Ena jadik macam ni bila ingat IBU hihihi. Sekarang ni jiwa I sensitif sikit lah you HAHAHA. Bukan bukan kadang-kadang sedih ni datang bila tengah struggle, susah payah then teringat kat ibu. Apa ibu tengah buat sekarang? Ibu makan apa? Ibu masak apa? Sapa teman ibu kat rumah? Sapa nak layan ibu? Sapa yang nak buat lawak-lawak bodoh dengan ibu? Bila lagi boleh tengok ibu buat muka? Tu yang buat Ena terus jatuh huuuuuuu. Kalau call tak cukup. Kalau skype tak puas sebab tak dapat capai. Tu yang buat Ena sedih kebelakangan ni, rasa nak balik jea. Kalau boleh nak kata kat ibu 'nak balik kahwin then boleh duduk rumah jaga ibu ayah sekali' HAHA nak mati cakap macam tu. Mahu kena kejar satu pandan ni huhuuuu.
Kalau boleh nak belanja ibu makan-makan tapi selalu jual mahal. Kalau boleh nak belanja ibu baju pun ibu jual mahal. Kalau boleh Ena nak belanja ibu kasut, ibu tetap jual mahal. Cehhh ibu semua jual mahal.. Tapi Ena tahu ibu tak mintak balasan sume tu. Tapi Ena tetap nak kasi tapi ibu tak nak terima. Bengang Bengang!! HAHA

Beli buku ni ingat ibu hihihi

Okay cukup tak nak cite banyak-banyak. Okay ibu korang yang lain pun mestilah terbaik untuk korang jugakkan. Apa pun buat Ena, Puan Zainap lah yang terbaik! hehe. Saya sayang ibu sayang. Awak sayang ibu awak? HAHA Semestinya awak harus sayang. Big Big Big Hug For IBUUU!!

Sunday, January 1, 2012

Assalammualaikum 2012

Haloo haloo....

Alhamdulillah sampai hari ni Ena still ada peluang nak tengok 2012 ni. Syukur sangat. Tapi tak lupa jugak pada 2011 yang sangat syok. 2011 adalah tahun paling happy Ena sebab tahun paling rilek sekali sebab mampu duduk rumah goyang kaki untuk masa tempoh yang sangat lama. Dan mungkin lepas ni Ena takkan dapat lagi tahun seperti 2011. So walaupun berat Ena kena terima jugak, Byebye 2011 and Hai 2012. Dan insya-ALLAH 2012 adalah tahun paling busy Ena mengalahkan perdana menteri. Biasalah tu dah lepak2 rilek2 lama and tahun ni Ena kena kerja keras sikit.

Kalau new year mesti ada kaitan dengan azam kan kan? Tapi this year Ena tak nak cerita azam pun, and untuk pengetahuan semua Ena takde pening2 pikir pasal azam pun. Just Ena mintak Ena boleh berjaya dalam apa jua keadaan. Ena harap orang sekeliling Ena sentiasa dalam keadaan sihat dan seronok berada disamping Ena. Awwwww. And the most important thing Ena tak nak ada lagi rasa hasad dengki sume dalam diri. Puhhpuhh mintak jauh. Buang semua hasad dengki tu. Sebab hasad dengki tu yang tak elok. Ya Allah dimintak jauh dari diri Ena

So berlalu sudah tahun 2011, sama jugak berlalunya cuti seminggu Ena. Cuti yang banyak buang masa dengan perkara yang tak berfaedah haishh. So new year is my year tu struggle. So doa-doakan lah Ena ni kuat untuk struggle sedaya upaya acecehh.. Seronok, bersenang-lenang dah, so pasti ada yang menanti dihadapan. Yang pasti apa menanti dihadapan tu sudah semestinya tidak seronok langsung huwhuwhuwww. Semoga dapat menjalani tahun 2012 dengan baik. Insya-ALLAH ni adalah tahun yang terbaik untuk semua :)


HAPPY NEW YEARR!!!!