Friday, September 9, 2011

Sempat Lagikan Kalau Nak Cakap 'Shelamat Hyari Ryaya'



Assalamualaikum
Harap maaf, Ena boleh pulak terlupa nak cakap Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Kalau ada mana-mana yang silap Ena mintak ampun. Yelah siapa yang tak salah dari buat kesilapan. Lagi-lagi orang macam Ena ni, lagi lah selalu buat silap. Dengan ahli keluarga, kawan-kawan ke, bakal suami *err acecehh kemain, dengan sesiapa pun mintak maaf ya. Siapalah Ena ni, takde besar mana pun, keding jea. Tapi maybe banyak buat silap dengan korang. Tersalah cakap, tersalah pukul, tersalah gurau, tersalah perli ke or apa-apa jea. Mintak Maaf Zahir Batin. Tak terlambatkan nak mintak maaf ni, err sukahati blog Ena!
Okay kali ni mulakan entry ena ni dengan bercerita keseronokkan beraya di Negeri Sembilan HAHA gedik gedikkkkkk. Okay actually tahun ni beraya agak bosan. Serious bosan, sebabnya family Pak Ngah, Pak Lang, Mak Teh, Auntie dengan Paksu semuanya tak balik negori. Dorang raya belah mertua dorang. Jadi yang ada dekat kampung family Mak Long jea iaitu family Ena hihihi. Ibu Mak Long kot, gempak tak gempak. Jangan jeles okayy hekhekhek. Jadik kiranya semua kiteorang yang buat. Dari rendang, ketupat palas, ketupat siap beli dan semuanya kiteorang sediakan. Walaupun tak semeriah mana tapi alhamdulillah okay jugak. Dapat beraya dengan Wan, Atok, Achik dan Andek.

Okay sebab saja-saja gedik masukkan picture ni hehe. Sehari sebelum puasa last pegi jumpa mamat ni kejap. Sapa entah dia ni tak tahu lerr den HAHA. Jalan-jalan kejap dekat Melaka, ngantok jugak dekat Melaka macam nak tido rasa. Dia bawak pegi Taman Cempaka, kalau kat KL kiranya macam Danau lah. Ya ALLAH punya ramai manusia rasa nak pengsan pun ada. Sempat beli jeans satu, Wehh jeans wa brand taman cempaka kot. lu jangan main gila HAHA. Then kete boleh lupa parking mana, round-round carik kereta buang masa jea. Aduhh, sempat-sempatlah jumpa dia ni kejap. Tapi mintak maaf raya belom lagi ya Encik AF. Awak banyak salah dengan saya ni HAHA
Okay berbalik pada kisah raya. Ena kalau tak sah takde pelita. Sakit jea mata ni kalau tengok rumah gelap gelita. Duduk korek terjumpa pulak pelita then Ena kasi bersih, beli minyak dan kuli-kuli Ena turun membantu pasang pelita ni muahaha. kiteorang tak banyak buat apa-apa hari raya pertama pun. Pegi melawat keluarga pun, sebab kurang kenal keluarga belah Wan dengan Atok. Kalau jumpa pun tersasul-sasul nak panggil apa. Sebab dah terlampau bercucu cicit sini sana. Tak paham denn HAHA. Hari raya pertama sempat pegi raya rumah Mak Jan iaitu kakak kepada ayah. Duduk dekat Melaka jea pun. tu jea lah kot. Sesiapa yang larat nak baca, baca lah. Kalau tak mehh tengok gambar jea. Gambar pun tak seberapa sebab pakai fon cap ayam. Maaf Maaf hehehe

pembantu yang boleh harap hehe