Wednesday, September 28, 2011

Apa Kena Ni?

Assalammualaikum,
Lama jugak dah tak update blog ni. Betol-betol lupa dengan kewujudan blog ni. Actually takde apa sangat pun Ena nak update just beberapa hari ni rasa macam sentap sentap jea. Maksudnya rasa macam semua benda tak betol jea. Apa jea yang Ena buat salah, Ena langkah mana jea semua rasa tersalah langkah. Apa pilihan yang Ena buat semua Ena rasa pilihan yang salah. Kenapa ya? Sampaikan pagi tadi boleh terkeluar pulak dari mulut ni tanya soalan macam ni dekat ibu ayah:


Boleh tak kalau Ena tak nak sambung belajar?

Err kepala otak kau Ena, macam mana boleh tercakap macam tu. Muka ibu ayah dah macam terkejut lepas tu seperti biasa ibu start bagi ceramah dia. Ayah pulak cakap 'kau nak buat apa? kahwin ke?' HAHA rasa nak tergelak pulak dengar. Ayah macam dah bagi green light jea ni tapi belum cukup umur lagi nak kahwin lah ayah hehe gatal dah Ena ni HAHA. Sebenarnya takde niat pun nak tanya macam tu, tak tahu macam mana boleh terkeluar pulak adohai. Tu lah tak tahu pasal apa Ena rasa macam tu. Lepas pegi interview SPA tu terus rasa macam ni. Oh lupa nak bagitahu haritu Ena pegi interview SPA dekat Putrajaya. Pergi jea lah setelah dipaksa orang ramai ikotkan hati tak nak jea pergi, kena interview dengan orang kerajaan ni sebab kadang-kadang dorang agak kerek, tuihh.
Okay pagi-pagi pergi interview boleh kata best jugak. Nak tahu sebabnya? Sebab tak sangka orang kerajaan ni ramai hensem-hensem jugak HAHA. Eh gatal pulak kau ni Ena, pang pang diri sendiri haha. Tapi serius lah gua cakap lu memang hensem segak macho semua lah. Orang lelaki nak ambik course nursing pun ramai jugak boleh tahan good looking. Tak macam ada rupa nak jadik nurse pulak. Tapi yang buat hilang mood time kena interview tu. Memang tak dapat disangkal lagi, cecehhh haha yang orang yang meng'interview' Ena hensem-hensem belaka walaupun sorang muda sorang tua. Tapi kan bila dah kena interview rasa nyampah pulak. Tak tahu apepasal, rasa nak kasi makan pelempang jea dekat yang muda tu. Agaknya perasan ter'over' kot.
Okay sejak-sejak tu rasa tak tenteram kebelakang ni. Apepasal ea? Macam Ena kata tadi apa jea Ena buat semuanya rasa salah. Ena paling takut bila tersalah buat pilihan. Takut sebab bila kita dah pilih bukannya kita boleh pusing balik kalau tak suka dengan pilihan kita tu. Payah payah.


Ya ALLAH, permudahkan lah segala urusanku ini. Terangkanlah hati hamba-Mu ini.

Amin......

Friday, September 9, 2011

Sempat Lagikan Kalau Nak Cakap 'Shelamat Hyari Ryaya'



Assalamualaikum
Harap maaf, Ena boleh pulak terlupa nak cakap Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Kalau ada mana-mana yang silap Ena mintak ampun. Yelah siapa yang tak salah dari buat kesilapan. Lagi-lagi orang macam Ena ni, lagi lah selalu buat silap. Dengan ahli keluarga, kawan-kawan ke, bakal suami *err acecehh kemain, dengan sesiapa pun mintak maaf ya. Siapalah Ena ni, takde besar mana pun, keding jea. Tapi maybe banyak buat silap dengan korang. Tersalah cakap, tersalah pukul, tersalah gurau, tersalah perli ke or apa-apa jea. Mintak Maaf Zahir Batin. Tak terlambatkan nak mintak maaf ni, err sukahati blog Ena!
Okay kali ni mulakan entry ena ni dengan bercerita keseronokkan beraya di Negeri Sembilan HAHA gedik gedikkkkkk. Okay actually tahun ni beraya agak bosan. Serious bosan, sebabnya family Pak Ngah, Pak Lang, Mak Teh, Auntie dengan Paksu semuanya tak balik negori. Dorang raya belah mertua dorang. Jadi yang ada dekat kampung family Mak Long jea iaitu family Ena hihihi. Ibu Mak Long kot, gempak tak gempak. Jangan jeles okayy hekhekhek. Jadik kiranya semua kiteorang yang buat. Dari rendang, ketupat palas, ketupat siap beli dan semuanya kiteorang sediakan. Walaupun tak semeriah mana tapi alhamdulillah okay jugak. Dapat beraya dengan Wan, Atok, Achik dan Andek.

Okay sebab saja-saja gedik masukkan picture ni hehe. Sehari sebelum puasa last pegi jumpa mamat ni kejap. Sapa entah dia ni tak tahu lerr den HAHA. Jalan-jalan kejap dekat Melaka, ngantok jugak dekat Melaka macam nak tido rasa. Dia bawak pegi Taman Cempaka, kalau kat KL kiranya macam Danau lah. Ya ALLAH punya ramai manusia rasa nak pengsan pun ada. Sempat beli jeans satu, Wehh jeans wa brand taman cempaka kot. lu jangan main gila HAHA. Then kete boleh lupa parking mana, round-round carik kereta buang masa jea. Aduhh, sempat-sempatlah jumpa dia ni kejap. Tapi mintak maaf raya belom lagi ya Encik AF. Awak banyak salah dengan saya ni HAHA
Okay berbalik pada kisah raya. Ena kalau tak sah takde pelita. Sakit jea mata ni kalau tengok rumah gelap gelita. Duduk korek terjumpa pulak pelita then Ena kasi bersih, beli minyak dan kuli-kuli Ena turun membantu pasang pelita ni muahaha. kiteorang tak banyak buat apa-apa hari raya pertama pun. Pegi melawat keluarga pun, sebab kurang kenal keluarga belah Wan dengan Atok. Kalau jumpa pun tersasul-sasul nak panggil apa. Sebab dah terlampau bercucu cicit sini sana. Tak paham denn HAHA. Hari raya pertama sempat pegi raya rumah Mak Jan iaitu kakak kepada ayah. Duduk dekat Melaka jea pun. tu jea lah kot. Sesiapa yang larat nak baca, baca lah. Kalau tak mehh tengok gambar jea. Gambar pun tak seberapa sebab pakai fon cap ayam. Maaf Maaf hehehe

pembantu yang boleh harap hehe



Thursday, September 8, 2011

Makin Lama Rasa Makin Bodoh. Alahai

Assalamualaikum
Seriously takde mood sebenarnya. Memang betol-betol takde mood kali ni. Cakap dengan orang pun semua macam cakap dengan kayu yang takde perasaan. Kita susah payah jaga perasaan dia, perasaan kita sapa pulak nak jaga. Gelak-gelak pun kadang-kadang kat dalam ni terasa, maybe expression tak menunjukkan. Tapi tolonglah paham. Okay fineeeeeeee, buat rilek sudah. Tutup cerita, berbalik pada title post kali ni. Sumpah nak cakap Ena rasa Ena ni makin bodohlah. Bodoh dari semua orang, tak tahu kenapa. Erghh bengang tau bila pikir-pikir balik. Ni yang buat nak rasa sensitif ni sobbsobb :'( Semalam takde kerja punya pasal saja lah Ena tengok subjek yang Ena akan belajar kalau Ena ambik course Diploma Pengurusan Bank ni

Ni orang malas nak taip balik, tu pasal copy jea. Jangan nak kecoh. Terima Kasih

Ni adalah antara subjek-subjek yang bakal Ena belajar. Sumpah belom study tapi dah nampak tulisan FAIL FAIL FAIL jea. Alahai matilah mati. Nak kata tak minat tu boleh-boleh jea lah, semua dah halau suruh pergi. Kalau dulu masa kelas akaun kerja Ena membuta jea. Ingat lepas spm nak lari dari akaun and anything yang kena mengena dengan akaun. Balik-balik ambik kau! Ngadap akaun balik. Benda paling Ena tak suka ialah mengira, mathemathics, mengira, mathematics and akaun. Last-last dapat semua perkara yang Ena tak suka. Memang FAIL dah ada cop atas dahi lah nampaknya. Agaknya kalau fail ni, Ena nak balik kahwin jea lah terus HAHA. Agak-agak mak mertua terima tak kalau dapat tahu bakal menantu dia kena tendang keluar universiti sebab FAIL lah sobsobsobb
Lagi satu yang membuatkan Ena ni betol-betol bodoh agaknya pasal simple things pasal blog pun Ena tak boleh nak buat. Tengok tutorial blog berjuta-juta kali. Apa pun tak jalan lah, syaitonnnn betol! Mula-mula tengok simple, bila dah buat tak jadik-jadik. Tak bengang ke? Ya ALLAH bengang, marah rasa macam tak guna hidup pun ada jugak. Orang lain buat punya senang. Benda-benda blog ni semua dekat hujung jari doranglah. Chewahh, kalau Ena perpeluh-peluh, bertungkus-lumus pun tetap tak jadik. Apalah unlucky sangat Eleena ni. Aduh Aduhhhh

p/s: Masa tulis post ni air mata suddenly jatuh tanpa disedari. Err apepasal ea? Ada penyakit ke? Agaknya sebab terlampau geram, geram dan GERAMMMMMM. Please I need a shoulder for me to lead on. Untuk kongsi masalah yang bagi korang tak seberat mana, tapi memberi kesan pada Ena. Siapalah yang tahu. hekhekkkk. Okaybyeeeeee

Wednesday, September 7, 2011

Kalaulah suatu hari nanti :')

Assalamualaikum.


Awak oh awak
Kalaulah suatu hari nanti saya menangis meraung macam orang gila, atau macam orang tak ingat dunia
Awak sudi ke ada dekat sisi saya teman saya, pujuk saya, dan pinjamkan bahu awak untuk saya lepaskan kesedihan?
Kalaulah suatu hari nanti saya melompat-lompat macam beruk kegembiraan
Awak sudi tak nak melompat-melompat dengan saya raikan kegembiraan saya tu?
Kalaulah suatu hari nanti saya berjalan-jalan dengan awak, dan terjatuh longkang dengan malu dan sakit tu
Awak sudi tak tolong saya kongsi rasa sakit dan malu tu?
Kalaulah suatu hari nanti saya jadik gemok dah takde shape badan macam awek cun yang lain
Awak sudi tak terima saya lagi, dan janji setia dengan saya dan tak pergi cari perempuan lain?
Kalaulah suatu hari nanti muka saya tak secantik sekarang
Awak sudi tak mengaku saya ni orang penting dalam hidup awak?
Kalaulah suatu hari nanti saya ditarik nikmat menjadik pekak dan tak mampu lagi mendengar suara awak yang biasa saya dengar
Awak sudi tak bercakap dengan saya walaupun saya tak boleh mendengar?
Kalaulah suatu hari nanti saya buta dan tak mampu nak melihat dunia lagi
Awak sudi tak nak pimpin saya dan jadik kedua belah mata untuk saya?
Kalaulah suatu hari nanti saya ditakdirkan bisu dan tidak mampu lagi membebel, bergelak ketawa dengan awak lagi
Awak sudi tak bercakap lagi dengan saya walaupun saya tidak mampu membalas kata-kata awak lagi?
Kalaulah suatu hari nanti saya hilang ingatan dah tidak boleh ingat sesiapa pun disekeliling saya
Awak sanggup tak setia berada disisi saya, bercerita kepada saya setiap hari tentang hal kita walaupun saya tak mampu nak ingat lama?
Kalaulah suatu hari nanti saya cacat dah tidak terdaya nak buat apa-apa pun
Awak sudi tak suapkan makanan dekat saya, dukung saya dah mandikan saya masa itu?
Kalaulah suatu hari nanti hayat saya tinggal berapa detik jea lagi, nyawa saya sudah sampai di kerongkong
Awak sanggup tak temani saya dan ajarkan saya mengucap?
Kalaulah suatu hari nanti ditakdirkan pergi dulu dan tinggalkan awak sorang-sorang
Awak sudi tak sedekehkan saya al-fatihah untuk bekalan saya?
Kalaulah suatu hari nanti awak dah jumpa jumpa pangganti saya
Awak boleh berjanji tak yang awak takkan pernah lupa kan saya ni walaupun saya dah tiada?


p/s:copy paste orang punya jea, tapi ni telah di'edit' sedikit sebab tak nak terlampau syahduu hihi. enjoyy :)