Wednesday, June 22, 2011

Berani Buat Nanti Kena

Post kali ni terjadi kerana terlampau rinduuuuuu gila-gila dekat kawan-kawan Ena yang entah ke mana menghilang. Kalau ada pun dekat facebook cam segan jea tegur atau buat-buat buta tak nampak. Kadang-kadang geram nak harap kita jea yang tegur dorang dulu, lempang laju-laju kang baru tahu haish


Err sebelom tu, Assalamualaikum
Kali ni rasa post yang boleh dikatakan khas buat yang tersayanglah, sama ada korang dapat baca atau tidak tu sume tak kesah. Kira ni macam kata hati Ena untuk koranglah ceh cehh. Please Ena mintak sangatlah korang jangan lupakan Ena walaupun jauh mana korang, terperosok kat celah hutan mana sekali pun. Tak mintak ingat selalu pun ingat sikit-sikit pun takpe. Kalau berani korang lupakan Ena siaplah kerana Ena tak sabar-sabar nak memaki hamun korang, sepak sorang-sorang dan bagi penumbuk sulung ni HAHA kalau berani buat nanti kena. Sebab terlampau sayanglah Ena buat macam ni, kalau dah kena maki hamun, tumbukkan sulung Ena sume ni memang gerenti korang takkan lupakan Ena dah. Boleh kata dalam tempoh satahun tu tiap-tiap hari akan ingat dan rindu nak kena tumbukan Ena lagi kannnnn haha. Ena takkan teragak-agak akan bagi korang tumbukan yang lagi bertubi-tubi sebanyak 1000X tanpa henti, penerajang yang buat korang tak ingat dunia kalau korang berani buat macam ni:
-Kalau korang tak reply mesej atau call Ena secepat yang mungkin
-Kalaulah korang lupakan Ena
-Korang rapat-rapat or snap picture banyak-banyak dengan orang lain, jeles jeles
-Kalau korang tak nak layan dah Ena membebel
-Kalau korang tak nak mengumpat sama-sama ngan Ena
-Kalau korang tak nak pujuk Ena time-time tengah sedih
-Kalau korang berani tipu Ena, walaupun tipu sikit-sikit sekali tak kira tipu sunat ke apa tetap tak boleh
-Kalau korang tak nak bagi Ena gedik-gedik atau manja-manja ngan korang lagi
-Kalau korang tak nak kutuk-kutuk Ena atau marah kat Ena lagi
-Kalau korang tak nak makan GCB ngan Ena dah
-Kalau korang tak puji Ena cantik macam selalu haha 
-Kalau korang kata keje assignment korang lagi penting dari Ena


Dan kalau korang berani buat yang ni paling teruk sekali iaitu penampar sejuta kali, penumbuk sebanyak yang mungkin dan takkan ada layanan manja dari Ena macam dulu-dulu lagi dah kalau korang

KORANG LUPA, TAK SAYANG DAN TAK RINDU DEKAT ENA LANGSUNG


p/s: Jangan buat Ena sedih ea :'(