Saturday, March 12, 2011

People

Hari ni saya pegi IJN. Then ada seorang budak perempuan ni lebih kurang sebaya lah atau tua sikit dalam 19 or 20 macam tu. Jalan punyalah luas tapi nak berlaga-laga bahu pulak. Kalau dah terlanggar kang nak bagi apa pulak? Biasa lah orangkan kalau tak dengki memang susah. Dia nak main jeling-jeling pulak. Yelah Cik Kak tak payah nak buat macam tu lah. Awak tu memang dah lawa sangat. Dengan rambut awak yang panjang siap teknik rebonding sekali tu saya dah memang tak boleh nak challenge sebab saya ni rambut pun selekeh tak buat pun apa sume teknik rebonding tu. Dia main bisik-bisik ngan kawan dia pulak lepas nak pandang-pandang pulak dah. Yelah agaknya saya saya pakai selekeh sangatlah ke? Hari jumaat pakai baju kurunglah nak melawat ayah kan agaknya nampak macam orang kampung. Takpe saya tahu awak tu fuhhhh bukan main lawa lagi hari jumaat ni pun. Saya tahu awak datang ngan family dengan pakaian awak yang cantik tu. Lagi sekali saya tak boleh challenge awak dengan seluar pendek paras lututnya dengan baju nampak lengan awak tu saya pulak baju kurung jea kan. Lagipun nak ke mana kite pegi hospital jagalah cara berpakaian  lagi satu tak malu ke pakai pakaian macam tu depan parents kita sendiri? Bukan niat nak menilai tapi bila orang dah start dulu apa salahnya kan kita pun buat benda sama kat dia. Bila perhati lama-lama Cik Kak tu rasa nak bagi penumbuk pulak. heheee:)