Sunday, June 19, 2011

Ayah, You're My Hero :)

Mohamad Asri Bin Zulkipli
Mata tua yang memandang aku itu--
bundar, pudar
Dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
'biar', katanya, 'biar'
Wahai ayahanda
Berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
Khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?
Wahai ayahanda, bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
Akukan lemahmu
Perikan penatmu
Kisahkan jerihmu
Aku mahu tahu
Mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--harum senyum
Dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
'biar' katanya lagi, 'biar'
Wahai ayahanda
Bisikkanlah walau sekali
Izinkan aku menumpangkan bahu
Berikan aku seperca dari beban kamu
Wahai ayahanda
Lihatkanlah aku, berlari kini, melompat tinggi
Setiapnya kerna kau tak pernah pergi
Ahh, apa masih ingat lagi
Aku suka lari-lari?
Kau bagaikan tak peduli, ku biar kau patah hati
Ah, apa masih tidak lupa
Tengking jerit sama-sama?
Makan tak mahu semeja
Sahabat lebih berharga
Ah, apa mampu kau sudikan
Ampun maaf ku sujudkan?
Bisa tidak kau teruskan
Ku sesat kau tunjuk jalan?
Ah, apa layak aku bagi?
Tak terbalas sampai mati
Kau sungguh yang paling tinggi
Istanamu syurga nanti
-Fynn Jamal-

Ayah, apa yang alami selama ni Ena tak nampak. Ena tak pernah perasan atau tak pernah rasa. Ayah gigihkan untuk kami sekeluarga. Dulu kalau ibu marah ayahlah yang pujuk Ena. Dulu kalau Ena tak puas hati ayahlah tempat Ena lepaskan geram. Dulu kalau Ena nak bercerita ayahlah yang akan Ena cari. Ayah selalu ada, walaupun Ena kadang-kadang lupakan ayah, ayah tetap ada temani Ena dengan kami semua. Ayah tegur Ena, Ena tak layan, Ena marahh tapi Ena tahu ayah sayang Ena
I love you Ayah <3


Thursday, June 16, 2011

Err Kali Ni Betol-Betol Terasa

Okay perasaan ni datang lagi. Kali lebih banyak jeles dan sedikit dengki. Yelah tahu korang memang bukan sengaja nak update status atau bertanyakan soalan yang macam tu, tapi dengan tak sengajanya bila korang update membuat ena agak terasa. Status yang macam ni lah korang:





Terasa dan nak menangis pun ada sobsobb :'(
Serius terasa macam tak berguna, terasa macam diri ena ni terlampau bodoh dah menyesal amat sangat. Tapi semua tak guna jugak. Okay sabar sabar ena insya-ALLAH rezeki ada kat mana-mana jea. Berpegang pada kata seseorang 'biarlah rezeki orang dah nampak, rezeki kita belom nampak lagi, suatu hari nanti insya-ALLAH ada rezeki untuk kita' 

Thursday, June 9, 2011

Kita Fikir Kejap Pasal Ena

Assalamualaikum,
Ini bila dah takde keje jadiklah post yang macam ni. Okay takpe Ena tetibe rasa nak post macam ni sebab terfikir apa yang ada dekat diri Ena sendiri. Kita selalu tengok orang then laju jea mulut nak mengata orangkan ishh ishh. Kali ni pulak biar Ena sendiri mengata diri sendiri. Buat sesiapalah yang pernah ternampak Ena, pastu berpusing kepala nak tengok ena lagi sekali macam nampak tuan puteri ke, ataupun pernah terlintas nak buat girlfriend or bini ke kan chewaahh, korang tersilaplah. Ena sangat-sangat tak layak digelar tuan puteri, jauh sekali dari tittle tu. Kalau rupa macam aci aci tu pun takde lah. Maybe atas sikit dari aci aci tu kan. Erkk perasan haha


1. ENA LANGSUNGLAH TAK LAWA.
-Ena ni sememangnya tak lawa langsung. Kalau buat orang yang pernah tercakap Ena ni cantik ke korang memang dah salah sangat tu. Mungkin mata korang dah tersilap, atau pun korang dah tertipu dengan segala penipuan yang Ena buat. Agaknya korang tertipu sebab Ena selalu pakai bedak, tapi takdelah terlampau tebal. Sekadar mampu tutup segala cacat cela pada muka yang tak perfect ni.
Lepas tu, mata ni kadang-kadang nampak berwarna sikit, kadang-kadang nampak besar ke semua tu lens saja. Takdenya mata Ena secantik tu okay. Then tambah sikit eyeliner lagi nampak mata macam besar, tapi tu semua penipuan yang telah dibuat oleh ena. Tapi kalau bulu mata palsu dan alat solek yang lebih-lebih tu Ena belom reti nak pakai lagi


2. SELALU MARAH-MARAH
-Kalau orang tak kenal memang tengok Ena macam jenis lemah-lembut. Tapi salah sangat, kalau nak tahu lebih detail tanya family. Ena ni suke marah, pantang apa tak puas hati mesti nak naik angin lepas tu marah-marah. Lagi satu kalau Ena tak puas hati dengan sapa-sapa mesti orang lain kena tempias punya. Orang yang paling selalu kena Ayeen lah haha. Dalam family, Ena sorang jea yang boleh mengamuk marah-marah sampai ibu pun tak boleh melawan, yang lain tak boleh buat cam tu. Power kan? kannnnnn?


3.TERLAMPAU DEGIL
-Boleh dikata anak yang paling degil dalam 4 orang adik-beradik. Ena akan buat semua ikut kepala sendiri. Janganlah rasa nak larang, kalau larang ke nanti adalah barang yang kena hempas haha. Sifat degil paling nampak sekali bila dengan ibu. Ya ya Ena anak ibu tapi selalunya Ena yang akan gaduh dengan ibu pasal rumah. Pantang apa tak puas hati sikit dekat rumah ni nanti Ena akan bising then start gaduh mulut ngan ibu. Tapi ibu sayang jugak anak dia yang degil ni haha


4. LEMAH-LEMBUT KE? TIDAKKKK
-Kalau sapa-sapa pernah kata Ena lemah-lembut dia lah orang bangang sekali di dunia haha. Sorry ayat terkasar. Ena pantang sebenarnya tengok orang yang lemah-lembut ni, bila dah ada depan mata rasa nak jerkah jea dia. Tapi tak baik pulakkan. Sifat ni kalau nak tengok mesti ngan bf lah kan. Tengok bf ngan gf dia manja-manja, gf dia pun lemah-lembut siap makan suap-suap. Tengok macam sweet lama-lama jadik euwwwww.. Kalau ena kat tempat tu sumpah geli-geliman haha


5. TAK PANDAI MASAK
-Ni kalau mak mertua baca memang dah kantoi kat sini haha. Ena memang tak reti nak masak pun kalau yang simple tu boleh lah. Tu pun ada time sedap ada time hancur. Ena lebih sanggup kemas satu rumah daripada kena tolong masak kat dapur, haha sampai macam tu sekalikan. Dahsyat dahsyat sekali. Kalau baking tu tengok seronok jugak, tapi selalu bukannya tolong sangat selalu datang menyemak jea. Kalau buat bakal suami tu nanti kita makan kat luar hari-hari lah tak pun kena upah bibik haha


6. PALING SUKA MAKAN & TIDOOOO
-Paling favourite sekali. Sumpah yang ni tak tipu langsung. Makan memang takkan lupa, selalu kata nak diet lepas tu mesti merengek-rengek lapar pulak. Tahu memang gedik pun haha. Tapi antara tido ngan makan lebih sanggup pilih tido. Benda paling best in the world, mana taknya aman kot takde sapa nak ganggu kita. Lepas tu kita dengan dunia kita jea. Fuhh best kot. Pernah satu kali Ena bangon tido pukul 2.30 lepas celik-celik kejap tido blik sampai pukul 6.30. Sanggup tak makan tu. 


Haa sebenarnya ada lagi, cume rasa cukup setakat ni. Nak tambah hari lain pun boleh sebab berlambak lagi ni haha. Takot letak banyak-banyak kang takde nak masuk meminang pulak atau takde sapa sanggup nak buat girlfriend pulak haha. Sekian


Terima Kasih sebab baca post taik ni haha :)