Wednesday, June 6, 2012

Morning 6 June 2012

Assalammualaikum..

Kali ni jam tepat tepat pukul 6.56am. Dan pagi-pagi buta macam ni Ena boleh pulak bukak lappy and tulis post baru. Tak ke macam orang takde keje? Biasalah tu, actually Ena dah tido tadi tapi diganggu oleh orang orang yang tak sepatutnya. So Ena dah terjaga memang susah nak tido, dah bangun ni solat Subuh kejap. Okay selesai.. Apa story mory kita hari ni. Taktahuuu lah Ena haha

Eh kejap nak cite sikit ni semalam 5/6/2012 memang banyak gila dugaan Ena kena lalui. Insya-Allah Ena takkan lupa haritu. Bukan 1 or 2 dugaan Ena kena lalui tapi banyak. Mula-mula macam nak jatuh meraung dah, tapi Ena dokk cakap takpe "Allah Nak Uji' So dapat lalui hari semalam walaupun dengan perit hukhukhuk


'Jangan Biarkan Telinga Menjadi Saksi Apabila Mata Tidak Melihat'


Ayat ni sebenarnya bawak banyak makna bagi Ena. Selama Ena hidup 19 tahun ni tak pernah dengar kot tapi tetibe Ayeen boleh cakap dengan Ena. Okay like seriously Ayeen cakap dengan Ena. Geli pun ada wahahaha. Tapi dia nak nasihatlah tu, Ena tahu. Lepas tu seperti biasa Ena dengan buat muka selamba, apa lagi Ayeen dengan Athie start bengang mulalah dorang kasi ceramah panjang huhuuu. Okay ayat pagi ni bagi banyak makna kat Ena. Ayat yang boleh buat tersedar mana tahu Ena terlalai. Okay benda ni tak tipu Ena sebenarnya jenis senang pecaya cakap orang and ikut apa orang cakap. Tapi takdelah selalu, kadang-kadang jea. 

Tapi sebenarnya sifat tu tak elok. Lagi zaman sekarang orang senang nak kelentong and semua pasal duit. Ena pernah kena pasal tu, tapi Ena tak menyesal sebab Ena dah pikir nak tolong orang. Kalau dia nak menipu ke hapee ke tu dosa dia dengan Allah. Okay? Tapi kalau Ena cerita dekat orang lain semuanya marah. Alaaaa dah agak dah. So uncool lah korang huhh..!

Dan lagi jangan senang-senang pecaya dekat orang lain. Ena dengar cakap orang senang tapi bagi Ena nak mempercayai seseorang tu ambik masa yang lama. Tapi kalau sekali dah pecaya Ena akan pecaya habiss. So itu pun satu lagi perangai yang Ayeen and Athie kurang minat. Cehhh. Bagi dorang jangan senang nak pecaya orang luar melainkan family sendiri. Tak kesah sesiapa pun orang tu dalam life kita ni. Jangan apa yang keluar dari mulut dia kita just percaya bulat-bulat walaupun mata tu tak nampak. Sebab kalau one day dia tipu kita, kita akan terluka teruk. Yaa Ena tahu tu :)

So lepas ni kita ikut cara paling simple. Kita kawan dengan semua orang. Kita dengar apa dorang cakap tapi percaya 100% jangan. Percaya sikit-sikit bolehlah. And tak payah nak bergantung pada apa orang cakap sangat. Simple? Tak payah nak pening-pening kepala. Yang paling penting tak payah rasa sakit bila kena tipuuu. 

Sunday, June 3, 2012

Kata-Kata Hari Ini

Assalammualaikum..



Friday, June 1, 2012

Cita-cita Masa Kecik. Cehh

Assalammualaikum..



Kali ni segmen post berderet-deret.. Harap maaf idea datang mencurah-curah. Bukan benda berpekdah pun nak tulis ni tapi still nak cerita dengar korang teheeee :) Semalam punya semalam layan tengok cerita Planets of Apes dengan ibu. Sebenarnya dah banyak kali tengok tapi disebabkan ibu tak tengok lagi so Ena pun tumpang sekaki tengok sekali. Cerita pasal beruk jea pun, apa jadik hal kan. Itu semua yang korang pikir. Tapi kalau korang nak tahu first time Ena tengok Ena menangis kot. Wa nangis wa cakap lu! Haha maluuunyaaa. Tapi bukannya nangis yang meleleh air mata tu, ni nangis yang cam bertakung tu jea. Tengok nak coverr, pandai engkauu Ena HAHA

Masa tengok dengan ibu Ena 'cool' jea lah. Dah takde kesan dah sebab dah tengok banyak kali. Tapi Ena tak habis tanya Ibu "sedih tak ibu?' 'sedihh tak?' Haha seperti biasa Ibu Otaiii kot, so Ibu geleng-geleng jea lah haha. Tetibe tengok cerita tu Ena teringat cita-cita masa zaman kanak-kanak dulu. Bukan cita-cita nak jadi BERUK kot, beragak sikit korang. Okay okay bukannya cita-cita nak jadi lawyer, nurse, boss, ceo syarikat apatah and blablablaa. Semua tu bukan okay. Salah satu cita-cita Ena antara yang banyak-banyak tu nak jadik Doktor Haiwan. Haha macam takde kena mengena jea.

Macam tak pecaya Ena nak jadik doktor haiwan dulu. Mungkin dulu sayang binatang sangat kot haha. Tapi kalau ular sakit tak mungkin Ena rawat, Ena lari dululah. Seronok excited semualah bila pikir balik. So Ena startlah berangan balik, kalaulah dulu masa sekolah Ena masuk kelas science agak-agaknya Ena boleh teruskan impian nak jadik doktor haiwan tu. Tapi sayangnya masuk kelas akaun, memang dah ke arah lain. Bolehlah Ena merawat kucing-kucing ni. Siannn pulak terbiar kat luar sana. Semua tu angan-angan tak jadi jea HAHA


Anak tekak. Anak buah. Anak orang.

Assalammualaikum semua..

Morninggg semua! Tapi takdelah morning sangat kot sebab dah pukul 11.36am sekarang ni. Buat sesiapa yang belum bangun tu baik bangun. Anak dara or anak teruna tak elok bangun lambat-lambat nanti takde sapa nak masuk meminang hakhakhak. Macam tak sangka Ena sendiri boleh bangun awal macam ni. Actually kalau korang nak tahu Ena tak tido lagi dari semalam kot. Haaa gila tak gilalah kan. Biasalah orang baru balik oversea jadi time tido lain sikit. Time tido dia terbalik sikit, haha perasan engkauuu Ena. Jadi hari nak test taknak tido. Penatlah asyik tido jea, nanti membuta benda lain tak buat-buat pun. Ayah sekarang tak habis-habis panggil Ena 'musang' maybe sebab tak tido kot. Err apa kena mengena musang dengan tak tido ayah? Hihihi entah lerrr.

Hari ni nak cite pasal anak Ena yang sekarang baru masuk 5 tahun. Haha nampak nau menipu belom kahwin dah ada anak pulokk kan. Bukan apa nak perasan sikit, seronok tengok orang ada anak haha. Sebenar Ena ni dah teringin, mengidam sangat nak anak. Bukan anak sendiri okay korang, mesti dah pikir Ena gatallah tu. Sedap mulut jea korang haishh. Nak anak buah lah!! Syok pulak tengok orang lain ada anak buah. Boleh main-main, lanyak-lanyak anak buah kita. Kalau anak sendiri lain pulak. Susah kita kena jaga dia semua, kalau anak buah boleh buat main, kalau part jaga mak bapak dia jagalah HAHAHA. Sesiapa boleh bagi satu tak anak buah kat Ena? Acehhh boleh mintak macam tu pulak haha. Nak tunggu Abang kahwin entah bila pulak. Tunggu Athie kahwin tak tahu, harap-harap 2 or 3 tahun lagilah. Calon pun belom ada tuu haha. Kalau Ayeen jangan haraplah sama macam Ena jelah nampaknya, Sedihhhh

Kan best kalau ada adik beradik ramai then jarak umur jauh. Perghhh time tu mesti berderet-deret anak buat kot. Tengok lagi sekali Ena merungut tak reti nak bersyukur, Subhanallah.. Okay tak baik dosa dosa Allah marah. Sabar jea lah tunggu antara abang, athie dengan ayeen sapa nak bagi Ena ank buah dulu. Jangan Ena yang bagi dorang anak buah dulu sudah. HAHA gatal kau Ena, amboi amboooii. Yelah Ena lah kena tunggu dorang dah anak last bagi chance dekat abang kakak-kakak jalan dulu huhu.

Selalu kalau jumpa sedara-mara dulu melayan budak-budak jea lah. Orang besar tak layan dah haha. Seronok jugak, sometimes kena buli balik dengan budak-budak ni tapi kalau sesetengah yang mengada overrr tu sabar jea lah. Biasalah budak-budak memang over sikit haha. Tapi kalau ayeen memang kelakar layan budak, keras cam kayu HAHA. Tapi paling gengster semua budak-budak dengar ayeen cakap kot. Kalau Ena cakap gelak-gelak then buat 'derk' jea. Kuranggg ajar korang haha.

Wei apa Ena merepek banyak ni? Haha sorry ter'syok' sendiri. Kbyeeeeee