Wednesday, December 14, 2011

Mintak Kena Hempuk

Assalamualaikum..


Hai Guys!! Lama pulak rasanya tak berblog ni, biasalah ada masa free pun tak bukak blog ni. Dalam masa ni masa free banyak dihabiskan tido dan makan sahaja. Oh yaa tak lupa jugak STUDY ya.. Pada sesiapa yang tengok cerita Ombak Rindu, alahai untungnya korang. Ena tengah kempunan nak tengok ni. huwhuwww.

Okay berbalik pada tajuk kita hari ni. Sekarang kalau dah ada kat sini benda paling paling orang suka tanya 'DAH STUDY KE?' Kalau orang macam Ena ni bila orang tanya soalan tu mesti pikir dah nak exam ke? Sibuk semuanya tanya pasal study. HAHA orang macam Ena ni kalau cakap study mesti ingat exam. Alahai payah payah. Bayangkan jea lah
-kita tengah online, nanti ada orang datang tanya 'Kau dah study ke?'
-kita tengah mandi, dorang jerit dari luar 'Eleena kau dah study belom?'
-kita tengah ambik mood nak tido, dorang bisik 'Ena subjek tadi dah study?'
-kita tengah nganga mulut nak makan, dorang tanya 'Study dah? Study group jom'
-kita tengah jalan sambil berangan, dorang jerit dari bilik 'Dah study belommmm!!?'

Sebenarnya bagus jugak semua saling ingatkan. Mana tahu ada yang lalai ke. Lagi-lagi orang macam Ena ni, takut-takut terlalai ke kan. Mana taknya tidoo jea. Makan jea. Kalau dorang selalu tanya macam tu bolehlah ingatkan Ena. Bila dorang tanya bermillion billion kali dekat Ena, dan bermillion billion kali jugak Ena akan jadik cuak. Mana tak cuak bila dah banyak kali tanya kita risau macam kita sorang jea tertinggal kat belakang. Kan kan kan? Tapi kan kita paling rasa nak HEMPUK jea someone bila kita tengah study dia cakap macam ni pulak


Err rajinnya kau tengah study. Aku tak study lagipun


Alangkah barannya bila Ena dengar orang cakap macam tu. Bila time Ena tengah bersenang-lenang semua tanya pasal study. Bila kita tengah study dorang buat macam Ena ni berkobar-kobar nak study pulak HAHA. Hasutan syaitan semuanya ni..... haha