Hai, hari ni hati Ena banyak senang woo. Tadi saja-saja gedik tanya ibu nak buat rebonding rambut sebab Ena tak pernah buat, nak jugak rambut lurus menawan macam orang lain. Ibu boleh cakap apa nak tahu tak? Ibu kata ' TAK PAYAH, RAMBUT ENA DAH CANTIK LURUS TU. BIARKAN JEA DIA ADA CURL SIKIT-SIKIT LAGI CANTIK' hewhewheww. Kembang kejap. Kalau nak tahu ibu mana pernah nak puji Ena ni. Ni kira kali pertama lah dia puji kot. Selama ni kalau pakai cun cun pun ibu setakat angkat kening sebelah jea huuuuu..
Okay okay berbalik pada tajuk utama post Ena kali ni. Kahwin awal? Okay jangan ada yang tersalah paham pulak. Bukannya Ena gatal tetibe nak cerita pasal kahwin ni. Tapi kadang-kadang teringin jugak nak kahwin awal HAHA. Mungkin Ena gatal sikit jea ni. Ena kalau pasal kahwin ni takde masalah tengok orang lain muka berseri-seri jea bila dah dekat nak nikah tu. So kalau boleh Ena nak jugak muka berseri-seri macam tu. Seri bahagia gituuu. Pada yang nak kahwin pada usia muda takde masalah lagi bagus boleh elakkan zina. Cume tak boleh terimalah kalau ada yang kahwin time tengah study lagi. Nak dapat diploma pun terkedek-kedek ni kan nak cite pasal kahwin. Memang nak menambah beban lah namanya tu. Kebelakangan ni dekat Facebook Ena tengok banyak benar orang share pasal kebaikkan kahwin awal. Tapi keburukkan kahwin awal mana pulak? Bukannya Ena tak sokong pasal hal kahwin awal ni, cume Ena kurang setuju sebab bagi Ena menganggu. Tapi kalau time tu kita dah jumpa someone yang betol-betol terbaik dari segala segi jangan tunggu lama-lama. Rembat jea cepat-cepat hihihi. Tapi kalau someone tu perangai pun lebih kurang jea, pelajaran lebih kurang, kerja pun lebih kurang baik pikirlah masak-masak. Sebab masa depan diri sendiri jugak.
Selalunya dorang kata kalau kahwin awal pasangan kita boleh sokong kita masa study. Tak pun study sama-sama. Kongsi masalah sama-sama. Tuihh lah sokong HAHA. Kang masa tu lah nak honeymoon, manja sana manja sini, makan pun nak berteman, keluar sana keluar sini. Time tu buku pun dah terbang ke mana. Memang tak study lah time tu. Tapi tak semuanya macam tu okay
Lagi time study nanti kena kerja part time sebab nak belanja lebih untuk kahwin. Takkan nak tadah tangan mintak duit sume kat parents tapi yang nak kahwin kita. Takkanlah nak kahwin pakai duit ptptn pulak haha. Tak senonoh namanya tu.
Lagi, bagi perempuan bila dah kahwin nanti takkan nak buat tak tahu jea bila suami dah ada depan mata. Mestilah kena masak. Kalau dapat suami yang breakfast makan nasi, lunch makan nasi jugak, petang nak nasi jugak, malam nak nasi lagi then supper pun nak cekik nasi. Mau nya tak mati nak kasi makan jea hihi. Tapi tak mungkin kot ada orang yang makan nasi macam tu, gilerrrr namanya haha. Bagi orang laki tanggungjawab dah besar time tu. Dah kena bagi makan kat isteri. Takkan nak sara isteri pakai duit ptptn jugak, hari-hari makan maggi. Nak kena lempang lah tu huuuuu..
Ada lagi, kalau lah dimurahkan rezeki dapat anak pulak. Amboi bertambah tanggungjawab. Study tak habis kang ada anak pulak. Siapa nak tahu kan, kalau dah Allah nak kasi rezeki kita ni siapa pulak nak halang-halang. Ini pikirlah sendiri. Tanggungjawab bertambah bertan-tan time ni. Takkan nak abaikan anak tu pulak. Kali ni memang nak mintak kaki pulaklah huuu..
nak jugak letak gambar Asyraf Muslim. Saja jeles hukhukhukk
Tapi Ena tak kata salah pun buat siapa yang nak kahwin awal tu. Kalau dapat macam Asyraf Muslim sekarang pun Ena dah boleh kahwin tau HAHA gatal benor. Paling penting kena pandai handle masa. Bahagikan time dengan suami and time untuk study. Kalau kat situ kita dah handle dengan baik insya-ALLAH rumahtangga kita pun nanti okay. Study pun okay jugak.