Wednesday, November 16, 2011

Nangis? Cehh Takdelah Ena Macho Kot

Assalamualaikum

Okay hari ni dengan lajunya Ena taip-taip nak buat post baru. Seperti biasa nanti ramai lah hamba Allah yang terpilih masuk Uitm akan membuat pendaftaran esok untuk second intake. Dan salah seorang hamba Allah tu ialah Ena. Elehh nak cite pasal bertapa sedihnya tinggalkan family, tinggalkan kawan memang dah jadik isu yang sangat 'lame'. Kadang-kadang orang baca pun dah naik menyampah. Ena paham so disebabkan itu Ena tak nak kasi korang menyampah kat Ena, Ena akan bagitahu pasal peoples that Ena will miss the most. Tahu dah pasal ni pun dah bosan orang nak dengar. Tapi Ena tak kira Ena nak cite jugak. Tak kireeeee!!

1. First, mestilah Family. Kang kalau tak rindu family dah kira macam derhaka pulak dah. Tak cium bau syurga kan. Ingat syurga bawah tapak kaki ibu, haa tahuu pun. Ena akan rindu nak gaduh dengan ibu haha. Rindu nak melawan cakap ibu. Ena akan rindu nak tarik muka dengan ayah. Rindu buat muka comel mintak topup dengan ayah. Rindu nak bebel dengan ayah. Abang rindu jugak kot. Athie pulak Ena rindu nak cari gaduh dengan dia, rindu nak cubit-cubit dia, rindu cari kesalahan dia. Ayeen rindu segala-galanya ( ada pasal Ayeen jea nanti, tungguuuuuu)


2. Second, haruslah rindu dekat kawan-kawan kan. Alaa macam biasalah semua orang Ena nak rindu. kalau boleh tak nak lepas sorang pun. Kawan lama ke, kawan baru ke, kawan makan kawan ke, kawan lupa diri ke tak kesah mana-mana pun. Ena tetap rindu semua sekali. Especially Safarina Salim. Dia rindu lebih sikit sebab dia selalu berkepit ketiak dengan Ena. Kiteorang selalu maki maki bersama, gelak bersama, ngumpat bersama, tangkap gambar gedik-gedik pun sama, puji masing-masing cantik. "Aku akan rindu nak dengar kau ngajing aku, Safa. Kain kau yang siap dengan nama kau ni nanti aku kepit celah ketiak, tak lepas-lepas haha. Punya besar tanda ingatan kau kasi aku bawak pergi sana. Benda ni pun dah buat aku terharu hukhukhuk. Takkan aku lupakan kaulah". Dah biasalah senang cite. Tapi ingat yang lain pun Ena tetap rinduu.


3. Third kalau boleh mestilah nak rindu my sayang HAHA. Sumpah gedik. Actually tak berapa nak biasa nak tulis apa-apa pasal dia. Tapi kang kalau tertinggal tersentap pulak haha.  Encik AF actually saya nak mintak awak hadiahkan saya teddy bear yang besar sama size ngan saya. Tapi malu nak cakap hewhewhew. Awak bagi saya jam awak pulak. Bila pikir-pikir balik lagi berharga jam awak tu dari teddy bear yang besar mana pun. Sebab jam tu awak punya, awak pernah pakai. HAHA sukanyaa saya *gedik nak mampos. Maknanya nanti saya akan ingat awak setiap jam, setiap minit and setiap saat ya Encik AF. Sudah gedik lebih tak nak banyak2 sangat hihi


4. Dan yang keempat Ena akan paling paling rindu Ayeen lah. Twin gemok saya. Dah berpisah banyak kali dan sebenarnya tak heran pun. Tapi bila dah sorang ke Pahang, sorang pulak ke Melaka terasa lebih sikit jarak dia tu. Rasa something mising dalam diri Ena, acecehh tapi apa mahu buat nama pun kembar. Ena akan rindu nak kacau Ayeen, rindu nak pukul-pukul gigit-gigit dia semua, rindu nak buat Ayeen ngamuk, rindu nak Ayeen belanja everything bila keluar, rindu nak paksa Ayeen cakap Ena cantik HAHA. Gemok kat sana jaga diri tau, Cayang gemok Mauahahaha. Kalau dia baca pasti menyampah, tahu dah



p/s: Okay okay Ena tahu nak korang naik menyampah baca setiap satu ni. Meluat jea nak baca satu-satu tehn gambar pulak. Sorry, Chawwwww!

Tuesday, November 15, 2011

Kahwin Awal. Study. Anak. Masalah?

Assalammualaikum

Hai, hari ni hati Ena banyak senang woo. Tadi saja-saja gedik tanya ibu nak buat rebonding rambut sebab Ena tak pernah buat, nak jugak rambut lurus menawan macam orang lain. Ibu boleh cakap apa nak tahu tak? Ibu kata ' TAK PAYAH, RAMBUT ENA DAH CANTIK LURUS TU. BIARKAN JEA DIA ADA CURL SIKIT-SIKIT LAGI CANTIK' hewhewheww. Kembang kejap. Kalau nak tahu ibu mana pernah nak puji Ena ni. Ni kira kali pertama lah dia puji kot. Selama ni kalau pakai cun cun pun ibu setakat angkat kening sebelah jea huuuuu..

Okay okay berbalik pada tajuk utama post Ena kali ni. Kahwin awal? Okay jangan ada yang tersalah paham pulak. Bukannya Ena gatal tetibe nak cerita pasal kahwin ni. Tapi kadang-kadang teringin jugak nak kahwin awal HAHA. Mungkin Ena gatal sikit jea ni. Ena kalau pasal kahwin ni takde masalah tengok orang lain muka berseri-seri jea bila dah dekat nak nikah tu. So kalau boleh Ena nak jugak muka berseri-seri macam tu. Seri bahagia gituuu. Pada yang nak kahwin pada usia muda takde masalah lagi bagus boleh elakkan zina. Cume tak boleh terimalah kalau ada yang kahwin time tengah study lagi. Nak dapat diploma pun terkedek-kedek ni kan nak cite pasal kahwin. Memang nak menambah beban lah namanya tu. Kebelakangan ni dekat Facebook Ena tengok banyak benar orang share pasal kebaikkan kahwin awal. Tapi keburukkan kahwin awal mana pulak? Bukannya Ena tak sokong pasal hal kahwin awal ni, cume Ena kurang setuju sebab bagi Ena menganggu. Tapi kalau time tu kita dah jumpa someone yang betol-betol terbaik dari segala segi jangan tunggu lama-lama. Rembat jea cepat-cepat hihihi. Tapi kalau someone tu perangai pun lebih kurang jea, pelajaran lebih kurang, kerja pun lebih kurang baik pikirlah masak-masak. Sebab masa depan diri sendiri jugak.

Selalunya dorang kata kalau kahwin awal pasangan kita boleh sokong kita masa study. Tak pun study sama-sama. Kongsi masalah sama-sama. Tuihh lah sokong HAHA. Kang masa tu lah nak honeymoon, manja sana manja sini, makan pun nak berteman, keluar sana keluar sini. Time tu buku pun dah terbang ke mana. Memang tak study lah time tu. Tapi tak semuanya macam tu okay

Lagi time study nanti kena kerja part time sebab nak belanja lebih untuk kahwin. Takkan nak tadah tangan mintak duit sume kat parents tapi yang nak kahwin kita. Takkanlah nak kahwin pakai duit ptptn pulak haha. Tak senonoh namanya tu.

Lagi, bagi perempuan bila dah kahwin nanti takkan nak buat tak tahu jea bila suami dah ada depan mata. Mestilah kena masak. Kalau dapat suami yang breakfast makan nasi, lunch makan nasi jugak, petang nak nasi jugak, malam nak nasi lagi then supper pun nak cekik nasi. Mau nya tak mati nak kasi makan jea hihi. Tapi tak mungkin kot ada orang yang makan nasi macam tu, gilerrrr namanya haha. Bagi orang laki tanggungjawab dah besar time tu. Dah kena bagi makan kat isteri. Takkan nak sara isteri pakai duit ptptn jugak, hari-hari makan maggi. Nak kena lempang lah tu huuuuu..

Ada lagi, kalau lah dimurahkan rezeki dapat anak pulak. Amboi bertambah tanggungjawab. Study tak habis kang ada anak pulak. Siapa nak tahu kan, kalau dah Allah nak kasi rezeki kita ni siapa pulak nak halang-halang. Ini pikirlah sendiri. Tanggungjawab bertambah bertan-tan time ni. Takkan nak abaikan anak tu pulak. Kali ni memang nak mintak kaki pulaklah huuu..


nak jugak letak gambar Asyraf Muslim. Saja jeles hukhukhukk


Tapi Ena tak kata salah pun buat siapa yang nak kahwin awal tu. Kalau dapat macam Asyraf Muslim sekarang pun Ena dah boleh kahwin tau HAHA gatal benor. Paling penting kena pandai handle masa. Bahagikan time dengan suami and time untuk study. Kalau kat situ kita dah handle dengan baik insya-ALLAH rumahtangga kita pun nanti okay. Study pun okay jugak.

Tuesday, November 8, 2011

Horayyy!! Suka Benda Baru

Assalamualaikum
Hari Ena rasa macam semangat sangat nak packing barang. Semangat teramat sangat ni. Macam-macam dah pikir apa benda nak masuk dalam beg yang tak berapa nak besar tu. Berapa helai baju nak bawak, sikat, berus, syampoo and segala-galanya lah. Tapi sayanglah semangat tu hanya kat dalam otak ni jea. Sebab badan ni tak nak bangun-bangun jugak pergi packing. Dok pikir tu ni, tu ni tapi apa pun tak gerak, haktuihh tak guna punya Ena. Tengah sibuk-sibuk berangan apa benda nak bawak sume, tetibe Ena boleh terfikir something yang Ena teringin sangat. Alaaa benda ni betol-betol Ena teringin dah masuk dalam kategori mengidam jugaklah. Cuba teka apa dia? Jeng jeng jeng.... HAHA sumpah gedik

BAJU ABAYA

Yes Ena tahu benda yang Ena nak ni takde lah segempak mana pun kan. Tetibe Ena boleh tersuka tak tahu lah kenapa. Rasa macam teringin betol nak pakai. So sajalah gedik suruh ibu belikan sepasang. Nak tahu ibu kata apa, 'buat apa? baik tak payah nanti kau pakai sekali jea' Nampak sangat ibu ni menipu HAHA. Kalau dah suka tu selalulah pakai. Okay memang sume orang pakai baju Abaya ni pakai tudung. Setakat ni belom nampak lagi orang pakai baju Abaya tak pakai tudung. Lagipun tak comel lah rupanya kalau tak pakai tudung sekali. Tapi Ena ni pulak tak pakai tudung, so kalau Ena dapat sepasang baju ni insya-ALLAH Ena akan selalu selalu lah pakai tudung. Okay kasi tengok mana Baju Abaya yang Ena minat:



Tengok-tengok, Alahai lawanyaa. Tak tahan jea Ena tengok HAHA. Antara ketiga-tiga ni Ena minat yang atas sekali tu sebab simple and lawa. Siap ada selendang sekali tu, siapa yang tak nakkan? Suka kot selendang pun lawa sedondon dah dengan baju. Tapi kan orang yang pendek, err err kecik comel macam Ena ni boleh ke pakai baju Abaya? Tak ke nanti nampak macam katik jea? Tak kesah sume tu, Ena dah tak peduli janji boleh dapat sepasang Ena puas hati. Sapa nak belanja Ena angkat ketiakk? HAHA err cam mano tu nak angkat ketiak hihihi. Okay insya-ALLAH target Ena lepas ni nak sepasang Baju Abaya. Simpan duit tak nak boros dah. Chaiyokk Chaiyokk!!

Saturday, November 5, 2011

Struggle Sampai Lebam

Assalamualaikum
Hello korang lama jugak Ena tak update post baru sebab asyik terlupa jea. Okay kalau kita kira-kira Ena ada 10 hari jea lagi nak jadi malas-malas, gedik-gedik, busuk-busuk tak mandi sehari, manja-manja dengan ibu ayah. Sebab lepas ni Insya-ALLAH Ena tak boleh dah nak buat semua tu. Kena belajar hidup berdikari pulak, err tak suka ,tak suka betol. Kena bangun pagi lepas ni, gosok gigi, gosok baju paling tak tahan basuh baju sendiri. Bukannya Ena tak pernah basuh sendiri. Memang pernah cume sume baju just campak jea washing machine, tapi kali ni sume kena buat cara manual. Pakai tangan. Hoooi!! Kepala otaklah

Barang-barang sume tak packing lagi. Sumenya pasal hati tak rela nak pergi tahu tak. Selalu ibu jea yang susun, campak baju dekat beg Ena. Tapi tangan Ena tetap malas nak susun baju masuk dalam beg. Ibu sumenya nak cepat macam tak sabar nak halau anak dia yang bongsu ni pulak sobsobsob. Ibu ajak beli alas tilam, baldi semua, alaaaaa tak naklah. Ayah tolonglah anakmu merintih ni HAHA sumpah gedik

Ada lagi yang penting, lepas ni Ena dah kena struggle gila-gila. Tak boleh main-main dah macam time SPM dulu. Rasanya memang Ena akan rasa hidup dalam kesusahan lepas ni. Takpe takpe agaknya boleh bagi Ena ni sedar sikit, syukurlah. Serius kot lepas ni Ena memang takut tak terjaga jea sume perkara yang biasa jaga dulu hewhewhew. Contoh lepas ni shopping jarang-jarang dah, pakai baju yang sama untuk seratus tahun lamanya haha. Keluar jalan-jalan dengan parents dah kena kurang-kurangkan, agaknya memang susah sangat nak keluar dengan dorang lepas ni. Rambut Ena akan selalu diabai-abaikan, tak macam sekarang sikit-sikit sikat, sikit-sikit belai. err menyampah pulak! Lagi lagi takut sangat terabaikan cik abang HAHA. kalau terabaikan kadang-kadang takpe kot cume takut kang dia cari lain atohai

Sebab apa yang Ena dapat sume diluar kemampuan Ena. Betol tak tipu lah, sumenya Ena tak dapat handle kot senang cite sumenya apa yang Ena lemah. Bayangkan segala benda yang kita lemah last-last kita kena ambik jugak. Memang kes naya lah tu. So sebab Ena tak nak naya diri Ena sendiri Ena kena struggle gila gila. Itu pun kalau boleh, takut banyak hasutan syaitan jea nanti wahahahaha

Lepas ni Ena kita ingat balik apa benda tu lejar? belanjawan tunai? buku tunai? penyata pendapatan? erkk tak ingat apa dah ni. Refresh balik kepala otak ni haha. Then apa tu trigometri? Oh okay okay macam ingat yang sin cos tan tu. Tapi buatnya tak ingat HAHA. Insya-ALLAH Ena try buat jugak yang terbaik, tapi kalau tersangkut kat tengah jalan Ena harap family faham bertapanya susahnya :) Alahai Eleena masak lah kau nanti..

p/s: Wish Ena luck bebehh!!