Okay hari ni dengan lajunya Ena taip-taip nak buat post baru. Seperti biasa nanti ramai lah hamba Allah yang terpilih masuk Uitm akan membuat pendaftaran esok untuk second intake. Dan salah seorang hamba Allah tu ialah Ena. Elehh nak cite pasal bertapa sedihnya tinggalkan family, tinggalkan kawan memang dah jadik isu yang sangat 'lame'. Kadang-kadang orang baca pun dah naik menyampah. Ena paham so disebabkan itu Ena tak nak kasi korang menyampah kat Ena, Ena akan bagitahu pasal peoples that Ena will miss the most. Tahu dah pasal ni pun dah bosan orang nak dengar. Tapi Ena tak kira Ena nak cite jugak. Tak kireeeee!!
1. First, mestilah Family. Kang kalau tak rindu family dah kira macam derhaka pulak dah. Tak cium bau syurga kan. Ingat syurga bawah tapak kaki ibu, haa tahuu pun. Ena akan rindu nak gaduh dengan ibu haha. Rindu nak melawan cakap ibu. Ena akan rindu nak tarik muka dengan ayah. Rindu buat muka comel mintak topup dengan ayah. Rindu nak bebel dengan ayah. Abang rindu jugak kot. Athie pulak Ena rindu nak cari gaduh dengan dia, rindu nak cubit-cubit dia, rindu cari kesalahan dia. Ayeen rindu segala-galanya ( ada pasal Ayeen jea nanti, tungguuuuuu)
2. Second, haruslah rindu dekat kawan-kawan kan. Alaa macam biasalah semua orang Ena nak rindu. kalau boleh tak nak lepas sorang pun. Kawan lama ke, kawan baru ke, kawan makan kawan ke, kawan lupa diri ke tak kesah mana-mana pun. Ena tetap rindu semua sekali. Especially Safarina Salim. Dia rindu lebih sikit sebab dia selalu berkepit ketiak dengan Ena. Kiteorang selalu maki maki bersama, gelak bersama, ngumpat bersama, tangkap gambar gedik-gedik pun sama, puji masing-masing cantik. "Aku akan rindu nak dengar kau ngajing aku, Safa. Kain kau yang siap dengan nama kau ni nanti aku kepit celah ketiak, tak lepas-lepas haha. Punya besar tanda ingatan kau kasi aku bawak pergi sana. Benda ni pun dah buat aku terharu hukhukhuk. Takkan aku lupakan kaulah". Dah biasalah senang cite. Tapi ingat yang lain pun Ena tetap rinduu.
3. Third kalau boleh mestilah nak rindu my sayang HAHA. Sumpah gedik. Actually tak berapa nak biasa nak tulis apa-apa pasal dia. Tapi kang kalau tertinggal tersentap pulak haha. Encik AF actually saya nak mintak awak hadiahkan saya teddy bear yang besar sama size ngan saya. Tapi malu nak cakap hewhewhew. Awak bagi saya jam awak pulak. Bila pikir-pikir balik lagi berharga jam awak tu dari teddy bear yang besar mana pun. Sebab jam tu awak punya, awak pernah pakai. HAHA sukanyaa saya *gedik nak mampos. Maknanya nanti saya akan ingat awak setiap jam, setiap minit and setiap saat ya Encik AF. Sudah gedik lebih tak nak banyak2 sangat hihi
4. Dan yang keempat Ena akan paling paling rindu Ayeen lah. Twin gemok saya. Dah berpisah banyak kali dan sebenarnya tak heran pun. Tapi bila dah sorang ke Pahang, sorang pulak ke Melaka terasa lebih sikit jarak dia tu. Rasa something mising dalam diri Ena, acecehh tapi apa mahu buat nama pun kembar. Ena akan rindu nak kacau Ayeen, rindu nak pukul-pukul gigit-gigit dia semua, rindu nak buat Ayeen ngamuk, rindu nak Ayeen belanja everything bila keluar, rindu nak paksa Ayeen cakap Ena cantik HAHA. Gemok kat sana jaga diri tau, Cayang gemok Mauahahaha. Kalau dia baca pasti menyampah, tahu dah
p/s: Okay okay Ena tahu nak korang naik menyampah baca setiap satu ni. Meluat jea nak baca satu-satu tehn gambar pulak. Sorry, Chawwwww!