Tuesday, November 8, 2011

Horayyy!! Suka Benda Baru

Assalamualaikum
Hari Ena rasa macam semangat sangat nak packing barang. Semangat teramat sangat ni. Macam-macam dah pikir apa benda nak masuk dalam beg yang tak berapa nak besar tu. Berapa helai baju nak bawak, sikat, berus, syampoo and segala-galanya lah. Tapi sayanglah semangat tu hanya kat dalam otak ni jea. Sebab badan ni tak nak bangun-bangun jugak pergi packing. Dok pikir tu ni, tu ni tapi apa pun tak gerak, haktuihh tak guna punya Ena. Tengah sibuk-sibuk berangan apa benda nak bawak sume, tetibe Ena boleh terfikir something yang Ena teringin sangat. Alaaa benda ni betol-betol Ena teringin dah masuk dalam kategori mengidam jugaklah. Cuba teka apa dia? Jeng jeng jeng.... HAHA sumpah gedik

BAJU ABAYA

Yes Ena tahu benda yang Ena nak ni takde lah segempak mana pun kan. Tetibe Ena boleh tersuka tak tahu lah kenapa. Rasa macam teringin betol nak pakai. So sajalah gedik suruh ibu belikan sepasang. Nak tahu ibu kata apa, 'buat apa? baik tak payah nanti kau pakai sekali jea' Nampak sangat ibu ni menipu HAHA. Kalau dah suka tu selalulah pakai. Okay memang sume orang pakai baju Abaya ni pakai tudung. Setakat ni belom nampak lagi orang pakai baju Abaya tak pakai tudung. Lagipun tak comel lah rupanya kalau tak pakai tudung sekali. Tapi Ena ni pulak tak pakai tudung, so kalau Ena dapat sepasang baju ni insya-ALLAH Ena akan selalu selalu lah pakai tudung. Okay kasi tengok mana Baju Abaya yang Ena minat:



Tengok-tengok, Alahai lawanyaa. Tak tahan jea Ena tengok HAHA. Antara ketiga-tiga ni Ena minat yang atas sekali tu sebab simple and lawa. Siap ada selendang sekali tu, siapa yang tak nakkan? Suka kot selendang pun lawa sedondon dah dengan baju. Tapi kan orang yang pendek, err err kecik comel macam Ena ni boleh ke pakai baju Abaya? Tak ke nanti nampak macam katik jea? Tak kesah sume tu, Ena dah tak peduli janji boleh dapat sepasang Ena puas hati. Sapa nak belanja Ena angkat ketiakk? HAHA err cam mano tu nak angkat ketiak hihihi. Okay insya-ALLAH target Ena lepas ni nak sepasang Baju Abaya. Simpan duit tak nak boros dah. Chaiyokk Chaiyokk!!