Thursday, July 28, 2011

Perangai Pelik-Pelik Je!

Asalamualaikum
Hari ni Malaysia dirasakan terlampau panas. Panas dengan cuaca then panas bahang Malaysia lawan Singapura sekali. Ena dah rasa tersangat-sangat panas adohai!


Kepada sesiapa yang pernah perasan diri korang tu sangat-sangat cantik. Syukur Alhamdullilah kerana korang ada self-confident yang tinggi gilaa. Bagus juga untuk diri korang sendiri tapi bila korang dah ada perasaan yang macam tu adakah korang ada hak untuk hina orang lain? Tidak sama sekali tidak! Dan adakah bila korang rasa korang cantik korang boleh pilih orang tertentu atau dengan makna lain orang yang setaraf jea boleh berkawan ngan korang? Oh tidak tidak? Seriusly kalau korang berperangai macam tu berubahlah jangan nak buat perangai macam anjing sangat. Ingatlah Rasulullah S.A.W sendiri pun tidak pernah memilih umat dia. Inikan korang yang sesiapa entah dan tak layak langsung. Yes, agaknya bukan semua orang beruntung macam sesetengah orang dah memang dilahirkan dengan rupa, ketinggian, dan kulit yang putih gebu. Itu sume bukan bermakna orang-orang itu diberi hak untuk menghina orang lain. Ingat semua orang ada perasaan, jadi pandai-pandai lah jaga perasaan orang lain jugak. Orang yang tiada rupa, ketinggian ngan kulit yang secantik dari sesetengah orang tu tak bermakna dorang buruk dari semua segi. Selalunya mereka lah yang lebih mempunyai kecantikan dalaman yang bermakna dari kecantikan luaran. Memang betol sekarang ni mana ada orang yang pandang kecantikan dalaman, first-first mesti tengok kecantikan luaran dulu. Tapi insya-ALLAH still ada lagi orang yang pandang kecantikan dalaman kita :)


cak cak HAHA. eycha sudah buat saya malu tersipu-sipu. Iloveyoutoo Ecycha

Saturday, July 16, 2011

Kitab Cinta VS Tahajjud Cinta

Assalamualaikum
Cerita-cerita ni ada Fazura. Tu pasal tergerak hati nak tengok sangat cerita ni. Lagi-lagi bila Fazura tu dah memang cun gila gila tambah pakai tudung habis lawa ayu sume lah. 
Kalau cerita KITAB CINTA ni nampak best jugak. Cerita ni ada dekat Tv Al-Hijrah. Fazura berlakon dengan pelakon Indon yang agak-agak boleh tahan hensem. Sasa sikit badan muka pun boleh tahan haha. Yang kurang best cerita ni sebab cerita ni menunjukkan perempuan sangat terhegeh-hegeh. Okay kalau ada lelaki macam hero dalam cerita ni of course Ena sendiri pun akan terhegeh-hegeh haha. Tapi macam tak best bila tengok seorang perempuan yang alim pun sanggup buat benda-benda tak patut semata-mata nak miliki lelaki tu. Ada lah jugak beberapa dialog Mustika (Fazura) cakap tu macam dia sendiri pun terhegeh kat Wali (Hardy Hartono Danurussami). Tapi takpelah sebab mustika dengan Wali tu sma-sama suka tapi masalahnya Wali tu ada macam-macam masalah untuk dia mengaku. Nak cite panjang lebar pun Ena tak kuasa sebab Ena bukannya nak ceritakan sinopsis kat sapa-sapa yang baca blog ni. Kalau korang nak tahu cari sendiri haha


Sweet sangatlah ni :)

Okay kalau pasal cerita Tahajjud Cinta memang power lah. Pelakon dia semua tak boleh blahh. Nak cun habis kot. Dan sekali lagi Fazura pun berlakon jugak dengan bertudung. Bukan Fazura jea kot, Fouziah Gous pun siap bertudung cun melecun. Tiz Zaqyah dengan ramai lagilah yang ada, Ena malas nak tulis nama-nama pelakon yang lain. Cerita ni pun Ena actually tak berapa tahu sangat macam mana sebab baru jea ada kat Tv3. Sinopsis dah baca tapi tak nak baca banyak kali kang bila tengok rasa macam tak best sebab dah tahu jalan cerita dia. Cume bagi Ena antara cerita Kitab Cinta dengan Tahajjud Cinta ni Ena akan pilih cerita Tahajjud Cinta lagi. Sebab nampak best gila gila kot. Dengan pelakon yang hensem habis, cun habis hehe. Tahajjud Cinta cerita dia banyak berkisahkan pembelaan hak wanita. Bukannya pasal cinta cintun sangat tu yang nampak interesting. So apa kata kita start tengok. Harap-harap dapatlah Ena tengok cerita ni sampai habis then apa jadik ending dia nanti. 





Tuesday, July 5, 2011

Saya Admire Dia

Assalamualaikum
Okay tadi baru tolong ayah masak. Keje Ena tolong potong apa benda yang patut sebab tu jea yang mampu haha. Then potong cili padi lepas tu gosok mata pulak. Time tu memang azab laa, pedih dia bukan main. Cis Cisssss


Ada sorang ni Ena sukaaaa sangat kat dia. Haha gedikkan , takpe dah tahu dah. Dia cantik sangat muka dia putih nampak suci. Dia tak pernah kesah macam mana cara pemakaian dia. Tak perlu nak ikot trend sangat tapi dia tetap nampak lawa. Orang kalau selesa ngan pakaian dia, memang terserlah lawaa tu. Kenapa Ena tak boleh jadi macam tu? Dia pakai tudung, aah dia tak pakai tudung HANA TAJIMA sume tu. Dia pakai biasa-biasa jea tapi nampak cantik ngan muka dia. Nampak lawa sebab dia pakai tudung tujuan dia untuk tutup aurat bukannya ikot trend. Kenapa Ena tak macam tu?
Dia tak pernah ambik kesah kalau dia takde fon ke apa, dia takde account facebook ke. Yang penting hidup dia bahagia. Biarlah orang sekeliling semuanya ada benda-benda macam tu. Dia sikit pun tak pernah rasa tercabar atau ada keinginan nak benda-benda tu sume. Dia simple sangat orang dia. Ada pendirian yang tetap. Kenapa Ena tak boleh jadik macam tu? Dia kalau dulu Ena perhatikan, dia jenis kuat berusaha. Walaupun dia lemah dalam something dia akan berusaha sungguh-sungguh. Dia tak kesah kena study lama mana sekali pun. Tapi kenapa Ena tak boleh jadik macam tu?
Dia sorang-sorang pun takpe, dia ada keyakinan yang tinggi sebab bagi dia takde kawan pun dia boleh hidup. Dia boleh jalani hidup macam biasa tapi yang paling penting family dia. Kalau lah Ena boleh jadik macam tu? Cinta or kasih sayang orang lain dia tak perlukan. Cukuplah dia dapat kasih sayang dari family dia rasa tu pun dah lebih dari cukup. Bukannya takde orang suka dia, terlampau ramai sukakan dia. Tapi bagi dia ni bukan masa nak cinta-cinta sume. Sepanjang kenal ngan dia, tak pernah sekali pun dia cite pasal cinta ngan Ena. 
Dia ada something yang orang lain takde, bila kita tengok dia kita dapat rasa ketenangan. Betol tak tipu! Cara dia bercakap, cara jalan, gerak badan dia sumenya cukup lengkap. Susah kalau ada orang lain tak suke kat dia. Sapa yang tak suka kat dia memang biol lah tu. Kalau lah Ena boeh jadik macam dia tu?


Bagi Ena dia dah cukup sempurna. Dalam semua segi dah cukup lengkap. Dari luaran dia dah ada rupa, ketinggian, kecantikan yang cukup. Dari dalam pulak dia ada ilmu agama yang cukup, pendirian yang teguh, keyakinan yang cukup. Memang betol takde siapa yang sempurna dalam dunia ni, tapi bagi Ena dia lah seseorang yang hampir dengan kesempurnaan. Tak macam Ena jauh dia teramat sangat berjuta-juta kilometer jauhnya :) Kalau Ena nak jadik macam dia