Thursday, August 25, 2011

Orang-Orang Hebat

Assalamualaikum



Semalam tak tidur sebab nak try edit blog punya pasal. Tapi apa pun tak jalan-jalan. Buat letih jea, thanks dekat Shimeer sebab sanggup melayan Ena ni tengah-tengah malam. Nak ajar buat blog ni punya pasal ngehehe. Sebab dah try banyak kali sangat Ena dah naik fed up. kali ni lantaklah sama rupa blog ni, yang penting isi dia. Kalau ada sapa-sapa yang menyampah tengok blog Ena ni boleh angkat kaki then jalannnnn berambus dari sini. Terima Kasih :)
Tengah sibuk-sibuk tengok tutorial nak edit blog, Ena pun terbuka atau dalam erti kata lain terjumpa blog-blog orang orang hebat ni. Pergghhh jangan cite pasal follower dorang memang dah beribu-ribu kot. Tapi bukan pasal follower tu yang Ena nak bagitahu. Ena perasan kebanyakkan blog ni owner dorang mesti cun cun. Pewwit cun gila gila lah wa cakap lu. Lepas tu dorang semua pakai tudung kot alahai ayunyaa. Dah lah lawa plus pakai tudung plus ayu plus meleleh sesiapa tengok hihihi
Okay cukup cukup. Kalau lawa jea tak memandailah, sebab bila tua nanti hilang jugakkan. Salah sorang blog yang Ena skodeng owner dia nama Fatin Liyana orang dia cantik sangat-sangat. Macam angel pun ada *melebih-lebih Ena ni. Okay dia tersangat cantik, lepas pandai pulak tu aduhai. Kalau tak salah Ena bakal doktor kot. Ya Rabbi, tak perfect ke orang macam ni hihi. Ada lagi sorang owner dia nama Yuyu Zulaikha bakal accountant kot. Alahai alahai kredilnya Ena rasa sobsobsob. Kadang-kadang Ena ni dah seronok sangat dengan kehidupan Ena,sampai tak sedar ada orang yang hebat macam ni huuuuu :'( Bayangkanlah orang-orang hebat ni ada:


1.Muka yang teramat cantik, ayu dan bebas dari jerawat hihihi
2.Akhlak yang baik. Lemah-lembut, sopan macam-macamlah. Sejuk mata memandang
3.Kepandaian sangat powerlah. Dahsyat kot
4.Dilahirkan dari keluarga yang dikira senang tapi tapi bukan alasan untuk dorang tak berusaha dah tak spoil pun sobsobsob


Semua ni tunjukkan bertapa 'awesome'nya dorang. Dengan itu Ena sedar bertapa kredilnya Ena ni sekarang. Dengan rupa yang takde ni, kepandaian yang suam-suam kuku hihi, akhlak yang sedang-sedang jea *perasan perasan, apalah yang ada dekat Eleena Asri ni ya?
Dan disebabkan ni jugak self-confident Ena jatuh mendadak haha. Dari dulu self-confident yang ada ciput-ciput jea sekarang langsung dah takde agaknya muahaha. Tapi takkan nak putus asa pulak. Oh no no, it just not Eleena okay! Setiap orang ada kelebihan dan jugak kelemahan. Dan kerana kelemahan Ena ni lebih banyak dari kelebihan Ena jadik Ena kenalah berusaha lebih. Berusaha lebih dari orang lain. Berusaha, bersusah-payah dulu dari sekarang. Gerakkan badan, kepala otak yang dah lama malas malas ni. Insya-ALLAH dengan izin-Nya sesiapa pun boleh jadik hebat jugak *wink wink
Jadik kirimkan doa korang untuk Ena ya. Okay muah muah big huggg for you hihi

Orang-Orang Hebat
-Fatin Liyana
-Yuyu Zulaikha
-Maria Elena
-Cik Epal

Korang tengoklah bertapa cantiknya mereke-mereke ni wehuuuuuu.. Err tak kena saman kan kalau letak blog orang lain dekat blog kita? haha

Sunday, August 21, 2011

Sumpah Seram

Assalamualaikum
Okay kali ni barulah Ena sedar betapa pengecutnya Ena. Selama 18 tahun hidup baru Ena sedar yang Ena ni agak pengecut. Bukan pasal apa, kalau pasal hantu dah sebagainya, memang dah sah-sah semua orang pun takut. Ni kategori pengecut jenis lain. Actually Ena ni pengecut dan takut kalau tengok orang tu keluarkan kata-kata maki orang, atau kata-kata yang nak cari gaduh *sighh baru Ena sedar. Okay bukan apa, kalau nak cite pasal maki tu memang dah cukup pakar. Sebab Ena kadang-kadang pun seronok keluarkan kata-kata yang tidak baik tu. Biasalah tu siapa yang tak pernah buat. Tapi bila ada orang lain yang keluar kan dan dalam keadaan yang melampau tu kita akan rasa 'over betol orang ni' 'mak kau poyonya ayat dia' dan paling tak tahan sekali 'baru gaduh sikit, satu facebook dia nak cerita' haa itulah yang Ena pikir dah dalam masa yang sama Ena akan rasa cuak cuak jugak. Tak tahu kenapa, bila tengok ada orang cakap macam tu kita rasa macam takot jea. Then terpikir apepasallah ada manusia macam ni dalam friend list aku ni haish. Lepas tu paling tak tahan sekali nak delete dia pun kita takut HAHA, yelah tengok macam jenis gengster semacam. Kang tak pasal-pasal kita pulak yang kena sound dengan dia. Rasa-rasa selama Ena hidup 18 tahun tak pernah lagi tengok ada orang sekasar bahasa macam manusia tu. Takkan nak salahkan mak bapak, kata tak pandai mendidik. Dia pun dah besar boleh pikir sendiri.  orang Cara percakapan atau bahasa yang kita guna cukup melambangkan kita ni jenis yang berakal atau pun tidak. Cukup gambarkan yang kita ni pandai atau bodoh! Orang yang keluarkan bahasa yang terlampau over atau terlampau extreme *dah dahsyat gila ni dah cukup tunjuk dia orang yang macam mana. Kadang-kadang kita tengok nampak sangat bahasa dia menunjukkan dia kekampungan. Kalau bersifat kekampungan pun tak salah, tapi ni tak macam joyah joyah mulut kepoh tu adalah. Aduhai tak tahan, rasa takut pun ada Muahahahaha



Middle finger up just for you. HAHA sorry sorry berdosa dah :p

Saturday, August 20, 2011

Alahai Kuala Lumpur

Assalamualaikum
Actually tetibe jea tergerak hati nak update blog ni. Idea nak cakap pun takde. Sedar tak sedar tinggal berapa hari jea lagi nak puasa. Kurang dari sepuluh hari kot. Tapi tak rasa langsung mood nak raya tu. Mungkin sebab dekat KL kot. Then, kalau tahun ni tak keluar pun jalan-jalan pergi beli barang raya dekat jalan TAR semua. Sebabnya malas, ibu tak nak layan dah. Ibu kata pandai-pandai buat sendiri sebab semua dah tua. Err tak syok langsung. Okay tapi takpe, kita mesti raya dengan penuh kesederhanaan ya people
Barang-barang raya sememangnya tak heran langsung. Takde pun takpe, janji baju kurang siap sudah. Tahun ni kiteorang colour greyyyyyyy tau, jangan jealous HAHA. Hati tak sabar nak baik kampung. Dalam kepala otak ni asyik pikir KAMPUNG KAMPUNG. Tak tahu lah apepasal. Mungkin sebab dekat KL ni tak meriah kot, kalau setakat nak dengar letup-letup bunyik mercun dekat KL ni tak heranlah, lagi hebat bunyik letup dekat kampung. Kadang-kadang rasa macam nak pekak pun boleh. Tapi tu yang buat best sangat tu heuheuheuheu :)


Dan lagi, dekat KL ni kite jalan-jalan takde pun nampak orang pasang pelita. Tu paling buat hati tersentuh ni SobSobSob. Kang kalau Ena pasang letak dekat rumah dorang kata gila pulak. Kang ada yang takut terbakar rumah dorang. Paling power bagi orang dekat KL ni dorang pasal lampu liplapliplap tu HAHA. entah apa orang panggil. Tak seronok langsung. Kalau dekat kampung, fuhh tak payah cite lampu pelita dorang. Kalau boleh satu rumah nak pasang tapi tu yang buat nampak cantik. Rasa sikit meriah nak raya tu. Ena paling suka kalau raya, part pelita ni lah. Tak tahu kenapa, I just don't know why. Tak kesah kalau tangan busuk bau minyak tanah pun janji pelita siap pasang. 
Kalaulah boleh Ena nak balik kampung cepat. sobsobsob. Tapi athie sibuk dengan kerja dia, lambatlah nampak kiteorang balik tahun ni. Alahai

Okay Okay takpelah. Cukup setakat ni okay, wish raya tak nak kasi lagi. Sebab belom raya lagikan tenkiuuuu tenkiuuu!