Actually tetibe jea tergerak hati nak update blog ni. Idea nak cakap pun takde. Sedar tak sedar tinggal berapa hari jea lagi nak puasa. Kurang dari sepuluh hari kot. Tapi tak rasa langsung mood nak raya tu. Mungkin sebab dekat KL kot. Then, kalau tahun ni tak keluar pun jalan-jalan pergi beli barang raya dekat jalan TAR semua. Sebabnya malas, ibu tak nak layan dah. Ibu kata pandai-pandai buat sendiri sebab semua dah tua. Err tak syok langsung. Okay tapi takpe, kita mesti raya dengan penuh kesederhanaan ya people
Barang-barang raya sememangnya tak heran langsung. Takde pun takpe, janji baju kurang siap sudah. Tahun ni kiteorang colour greyyyyyyy tau, jangan jealous HAHA. Hati tak sabar nak baik kampung. Dalam kepala otak ni asyik pikir KAMPUNG KAMPUNG. Tak tahu lah apepasal. Mungkin sebab dekat KL ni tak meriah kot, kalau setakat nak dengar letup-letup bunyik mercun dekat KL ni tak heranlah, lagi hebat bunyik letup dekat kampung. Kadang-kadang rasa macam nak pekak pun boleh. Tapi tu yang buat best sangat tu heuheuheuheu :)
Dan lagi, dekat KL ni kite jalan-jalan takde pun nampak orang pasang pelita. Tu paling buat hati tersentuh ni SobSobSob. Kang kalau Ena pasang letak dekat rumah dorang kata gila pulak. Kang ada yang takut terbakar rumah dorang. Paling power bagi orang dekat KL ni dorang pasal lampu liplapliplap tu HAHA. entah apa orang panggil. Tak seronok langsung. Kalau dekat kampung, fuhh tak payah cite lampu pelita dorang. Kalau boleh satu rumah nak pasang tapi tu yang buat nampak cantik. Rasa sikit meriah nak raya tu. Ena paling suka kalau raya, part pelita ni lah. Tak tahu kenapa, I just don't know why. Tak kesah kalau tangan busuk bau minyak tanah pun janji pelita siap pasang.
Kalaulah boleh Ena nak balik kampung cepat. sobsobsob. Tapi athie sibuk dengan kerja dia, lambatlah nampak kiteorang balik tahun ni. Alahai
Okay Okay takpelah. Cukup setakat ni okay, wish raya tak nak kasi lagi. Sebab belom raya lagikan tenkiuuuu tenkiuuu!