Saturday, October 29, 2011

Kaum Hawa :)

Assalamualaikum
Hello hello, dahsyat tak sebab dah 3 hari straight Ena update blog jea kot. Perghh bagi Ena dahsyat lah sebab selama Ena mem'blog' tak pernah Ena update terus-terusan. Biasalah selalunya idea tak nak masuk masuk dalam kepala otak. Al-maklum lah otak semakin slow sebab berkarat lama tak bercuci. Kan kan? So sekarang bila time ada idea Ena akan straight update.

Okay kali ni Ena nak cite sikit pasal kaum Hawa pulak. Sesiapa yang kaum Hawa tu kalau ada masa meh singgah baca sikit. Kenapa kaum Hawa cepat jea mengalirkan air mata kalau dia disakiti? Biasalah kaum Hawa ni dah memang semua orang tahu mereka ni kaum yang lemah-lembut, sopan-santun dan paling penting sekali mereka ni sangat sensitif. Kena marah sikit nangis,kalau marah pun nak nangis jugak. Ambil perhatian bukan semua kaum Hawa macam tu cume sesetengah jea. Siapa kata kalau nangis-nangis ni maknanya lemah? SALAH buat sesiapa yang menggelar kaum Hawa ni kaum yang lemah. Mereka lembut tak bermakna lemah tau so bagi kaum Adam tak baik korang cakap Hawa ni kaum yang lemah.

'Korang cuba bayangkan siapa yang lahirkan korang?'
IBU, MAK, UMMI, MAMA, MUMMY korang kan

Mereka jugak kaum Hawa. Bayangkan jea lah macam mana dorang bersusah payah melahirkan korang. Bertarung nyawa, menahan kesakitan yang amat sangat dan cume mereka yang bergelar IBU jea tahu macam mana sakitnya. So kita tak sepatutnya menggelarkan kaum Hawa ni kaum yang lemah. Kaum Hawa ni lebih power dari POWERPUFF GIRL, TRANSFORMER, SUPERMAN, POWERRANGERS tahu! Girl power and girl rule the world!!!! heuheuheu ter'over'

So bagi Ena tak layaklah seorang perempuan tu menangis semata-mata kerana lelaki? Ya memang tak dinafikan hati siapa yang tak sedih kalau kita dah sayang someone sepenuh hati tapi tak dihargai. Kalau sesiapa pernah rasa macam tu, baiklah korang lap air mata korang tu dan berhenti menangis. Sebab lelaki macam tu tak layak ditangisi. Selalu ingat kita ada ALLAH tempat kita mengadu, kita ada keluarga tempat kita menangis dan kita ada kawan-kawan tempat untuk melupakan segala kesedihan. Alhamdulillah setakat ni Ena belom pernah menangis kerana seorang lelaki, harap-harap Ena takkan pernah menangis disebabkan kaum Adam ni. Jadik korang pun mesti macam tu okay :)

Cuba pegang kata-kata ni:
Jangan kamu menangis kerana lelaki, berhenti dan cuba FIKIR kembali adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya? Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS? Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu? Adakah insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak? Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA? Boleh MENYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT-CELA? 

Kesat air mata itu sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING. Sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI, lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu. BERSABARLAH, berhenti menangis, berhenti berharap pada yang tidak pasti. YAKIN dengan JANJI ALLAH. Orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK.