Seriously takde mood sebenarnya. Memang betol-betol takde mood kali ni. Cakap dengan orang pun semua macam cakap dengan kayu yang takde perasaan. Kita susah payah jaga perasaan dia, perasaan kita sapa pulak nak jaga. Gelak-gelak pun kadang-kadang kat dalam ni terasa, maybe expression tak menunjukkan. Tapi tolonglah paham. Okay fineeeeeeee, buat rilek sudah. Tutup cerita, berbalik pada title post kali ni. Sumpah nak cakap Ena rasa Ena ni makin bodohlah. Bodoh dari semua orang, tak tahu kenapa. Erghh bengang tau bila pikir-pikir balik. Ni yang buat nak rasa sensitif ni sobbsobb :'( Semalam takde kerja punya pasal saja lah Ena tengok subjek yang Ena akan belajar kalau Ena ambik course Diploma Pengurusan Bank ni
Ni orang malas nak taip balik, tu pasal copy jea. Jangan nak kecoh. Terima Kasih
Ni adalah antara subjek-subjek yang bakal Ena belajar. Sumpah belom study tapi dah nampak tulisan FAIL FAIL FAIL jea. Alahai matilah mati. Nak kata tak minat tu boleh-boleh jea lah, semua dah halau suruh pergi. Kalau dulu masa kelas akaun kerja Ena membuta jea. Ingat lepas spm nak lari dari akaun and anything yang kena mengena dengan akaun. Balik-balik ambik kau! Ngadap akaun balik. Benda paling Ena tak suka ialah mengira, mathemathics, mengira, mathematics and akaun. Last-last dapat semua perkara yang Ena tak suka. Memang FAIL dah ada cop atas dahi lah nampaknya. Agaknya kalau fail ni, Ena nak balik kahwin jea lah terus HAHA. Agak-agak mak mertua terima tak kalau dapat tahu bakal menantu dia kena tendang keluar universiti sebab FAIL lah sobsobsobb
Lagi satu yang membuatkan Ena ni betol-betol bodoh agaknya pasal simple things pasal blog pun Ena tak boleh nak buat. Tengok tutorial blog berjuta-juta kali. Apa pun tak jalan lah, syaitonnnn betol! Mula-mula tengok simple, bila dah buat tak jadik-jadik. Tak bengang ke? Ya ALLAH bengang, marah rasa macam tak guna hidup pun ada jugak. Orang lain buat punya senang. Benda-benda blog ni semua dekat hujung jari doranglah. Chewahh, kalau Ena perpeluh-peluh, bertungkus-lumus pun tetap tak jadik. Apalah unlucky sangat Eleena ni. Aduh Aduhhhh
p/s: Masa tulis post ni air mata suddenly jatuh tanpa disedari. Err apepasal ea? Ada penyakit ke? Agaknya sebab terlampau geram, geram dan GERAMMMMMM. Please I need a shoulder for me to lead on. Untuk kongsi masalah yang bagi korang tak seberat mana, tapi memberi kesan pada Ena. Siapalah yang tahu. hekhekkkk. Okaybyeeeeee