Monday, August 15, 2011

Kekasih Hati Saya

Assalammualaikum
Dengan Ini Saya Mempersilakan My Kesayangan


Saya sayang dia..Hehe dia gemok gemok. Tapi dia takde lah comel pun. Bajet-bajet macam comel sangat. Kadang-kadang menyampah nak layan dia. Tak kuasa den! Dia selalunya degil tak pernah nak dengar cakap orang. Agaknya sebab terlampau spoil jadi naughty. Dia kalau main siap nak keluar semua kuku dia, dah tu bila dah cakar orang tak reti nak mintak maaf ngehehehe. Dia pernah cakar mata saya kot. Tapi saya tetap sayang dia. Dia jahat pulak tu. Benda paling buat saya marah bila sesukahati dia nak melompat dalam pinggan bila orang tengah makan. JAHAT JAHAT! Naughty BUBU! Macam tiger kan kan :p

Dan My Second Kesayangan *ayat keling

Tett tettt........siapakah dia? RAHSIA RAHSIA. Dia ni pun gemok saya jugak. Dia selalunya diam jea bila saya membebel. Kadang-kadang buat saya macam syok sendiri. Dia lebih sayang bola dari sayang saya HAHA. Takpe saya tak kesah, sebab tu my kesayangan saya yang first is BUBU bukan dia. Maaf gemok. HAHA mana tahu kalau 'you sayang i lebih dari bola, i pun sayang you lebih dari bubu i hehe' Dan tidak lupa jugak dia ni jahat manja-manja gituuu. Sebab dia suka kata saya pendek dan gedik haha. Kadang-kadang buat saya rasa nak lempang dia laju-laju jea HAHA. Apa pun 'iloveyouuuu' my kesayangan hekhekkk.


*KEGEDIKKAN ENA TERLAMPAU. HARAP MAAF. TAK SUKA BERAMBUS

Thursday, August 4, 2011

Kata-Kata Hatiku, Acecehh

Assalammulaikum
Tetibe saja jea rasa nak update blog ni. Tadi sibuk-sibuk tengok blog orang terjumpa kata-kata yang maybe agak bermakna. Nak share sikit ngan sapa-sapa pun. Hgehehehe. Nah Nahh Nahh baca cepatt!


Doa Buat Kekasih 
YA-RABBUL ARIFFIN
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi
YA MUHAIMIN
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera
YA RABBUL FATIHIN
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa
YA RABBUL IZZATI
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya
YA RABBUL QUDDUS
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku
YA RAHMAN YA RAHIM
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU


                                                                                                                                  

9 Deadly Words Use By Women
1. FINE 
This is the word women use to end an argument when they are right and guys you need to shut up 
2. FIVE MINUTES
If she getting dressed,this mean half a half an hour. Five minutes is only five minutes if you(guys) have just been given five more minutes tu watch the game before helping around the house.
3. NOTHING
This is calm before the storm. This mean something and you(guys) should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end with fine
4. GO AHEAD
This is a dare, not permission. Don't Do It!
5. LOUD SIGH
This actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you(guys) about nothing.
6. THAT'S OKAY
This is one of most dangerouss statement a women can make to a man. That's okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you(guys) will pay for your mistake
7. THANKS
A woman is thanking you(guys), do not question, or faint. Just say you're welcome
8. WHATEVER
Is a woman's way to saying F-YOu
9. DON'T WORRY ABOUT IT, I GOT IT
Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing herself. This will later result in a man asking 'What Wrong?' For the women's response refer to #3

Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan

Assalammualikum
Oh yes yes, Ramadhan datang lagi. Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan 8 kot. Semua umat Islam dah start puasa. Sejak-sejak Ena dah besar ni acecehh haha, Ramadhan jadik makin best pulak, kalau time kecik-kecik dulu tiap kali datang bulan Ramadhan mesti menyampah. Yelah kecik-kecik dulu tak tahu apa makna Ramadhan ni kot. Yang tahu kita tak boleh makan dengan minum. Kalau buat jugak nanti tak dapat duit raya, ishh ada ke patut. Tapi sekarang tak kesah dah pun haha sebab dah tahu semua tu menipu semata-mata. Seingat Ena start puasa penuh masa darjah 1 kot kalau tak silaplah. Sebenarnya tak larat pun, tapi malu nak cakap sebab time tu duduk dengan nenek. Kalau dengan ibu ayah memang dah mengamuk nak buka lah.


Tapi pada pandangan semua orang Ena puasa penuh masa darjah 1, tapi dorang silap. Muehehehehe. Masa kecik perangai kadang-kadang macam syaitan sikit. Tak pikir mana satu betol, mana satu salah. Tahu pakai bedal jea. Time darjah 1 dulu kalau rasa lapar ke haus, dengan selamba Ena akan pegi toilet bajet-bajet macam nak ambik air sembahyang tapi teguklah jugak air paip tu. HAHAHA tahu memang pengotor minum air paip, apa nak buat time kecik-kecikkan. Lepas tu kalau rasa lapar atau haus lagi, Ena akan buat muka selamba pegi toilet konon nak buang air pulak. Tapi teguk lagi air paip tu hahaha. Perangai masa kecik-kecik biasalah, jangan nak kata korang tak pernah buatlah, nampak sangat menipu HAHA. Sekarang dah taubat tak buat benda-benda tu lagi. Maknanya kalau seingat Ena start puasa time darjah 2 atau 3 macam tu lah. Kira okay lah tu :) Lagi satu kalau zaman kanak-kanak dulu nak puasa malas tapi tapi tapi kannnnnnnnnn kalau time pegi terawih rajin pulak. Entah kenapa bila kecik-kecik dulu excited jea nak pegi terawih. Memanglah sembahyang time tu tak berapa reti, bantai ikot orang jea. Orang rukuk kita pun rukuk, orang sujud kita pun sujud. Tapi takpe setidaknya ada niat. Tapi bila dah tua-tua ni datang penyakit lain, puasa okay takde hal tapi pegi terawih malas pulak HAHA. Terbalik pulak jadiknyaa


Ada lagi yang best bulan Ramadhan, benda ni takde time bulan-bulan lain. Yang bestnyaa dapat main bunga api, mercun dah segala-gala jenis benda alah tu. Ena bila tengok ada macam-macam jenis bunga api or mercun Ena jadik excited. Sebab pelbagai jenis dia ada, contoh macam mercun bola, mercun ketupat, mercun gasing, mercun mancis dan ada lah lagi. Dah terlupa pulak haha. Tengok punyalah kreatif manusia yang bagi nama dekat benda alah tu. Tapi sayang sangat Ena tak berapa berani nak main mercun ni haha, tapi main jugaklah. Cume tak seberani ayeen, abang dengan ayah. Kalau setakat bakar then baling jauh-jauh semua orang retikan. Tapi kalau bakar then nak baling style apa entah memang den tak gheti lah. Jadi langkah paling selamat main bunga api sudah haha. Pun okay jugak apa. Memang kadang-kadang kita main bunga api ibarat kita makan asap sebab tahu-tahu jea lah bunga api kalau nak bagi asap bukan main banyak lagi. Boleh sampai tersedak-sedak sedut asap jea, tapi best jugak. Lagi-lagi bila tengok budak-budak kecik main, alahai comel kemain rasa nak pijak-pijak jea haha. Tapi tahun ni rasanya dapat main sikit-sikit jea sebab sume dah besar, lagipun supplier dah takde HAHA


Apa pun Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua umat Islam. Bulan yang mulia ni banyak-banyak buat benda yang baik-baik jea. Tinggalkan dulu perangai-perangai yang naughty sume tu. Macam Ena ni kena kurangkan mencarut-carut sume HAHA, marah-marah orang. Okay Ena doakan semoga korang semuaa lah tak kesah sesiapa pun, sentiasa dalan keadaan sehat dah dapat menjalankan puasa, solat terawih dengan sempurna. Ok terima kasih. Kbyeeeeeeeee